Page 23 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 23
7." Defibrillation (Defibrilasi)
Sebelum NCORT 2011, proses penggunaan Peranti Renjatan Defibrilasi Automatik (Automatic external
defibrillator, AED) tidak diajar sebagai satu proses penting dalam BLS. Oleh kerana keperluan penggunaan AED
teramat penting dan mesin AED mudah didapati di lokasi strategik seperti lapangan terbang antarabangsa dan
hotel maka penggunaan AED akan diajar dalam modul Bantuan Asas Hayat ini.
Terdapat dua jenis mesin defibrilator iaitu automatik dan manual. Dalam modul ini, anda akan diajar dengan teknik
untuk menggunakan mesin defibrilator automatik. Manakala penggunaan defibrilator jenis manual pula akan diajar
secara terperinci di dalam modul Rawatan Sokongan Hayat Lanjutan.
AED dibahagikan kepada jenis automatik sepenuhnya dan semi automatik. AED automatik berfungsi dengan
menganalisa ritma jantung dan memberi renjatan selepas memberi amaran kepada pengguna sekiranya ritma
jantung tersebut sesuai untuk diberi terapi renjatan elektrik. AED automatik ini tidak terdapat di daerah Sandakan.
Peranti yang biasa digunakan di Sandakan adalah dari jenis semi automatik. AED semi automatik ini berfungsi
untuk menganalisa ritma jantung dan kemudian penyelamat harus menekan punat untuk memberi renjatan elektrik.
Kelebihan AED jenis semi automatik ini adalah, ia memberi penyelamat masa untuk bersiap-sedia sebelum
memberi renjatan.
Langkah keselamatan sebelum memberi renjatan;
Penyelamat wajib memastikan tiada orang meyentuh mangsa sebelum renjatan elektrik diberi. Ia boleh dilakukan
dengan menyebut frasa ini secara jelas dan lantang sebelum menekan punat renjatan.
One I am clear, Two you’re clear and Three everybody clear.
Sesetengah mesin AED mempunyai kekunci dan pad kanak kanak sekiranya anda perlu memberi renjatan elektrik
kepada kanak-kanak. Sila rujuk manual AED untuk keterangan lanjut.
Untuk menggunakan AED, anda hanya perlu mengikut arahan yang dikeluarkan oleh sistem rakaman suara mesin
tersebut. Anda harus melakukan CPR seperti biasa kecuali diarahkan oleh mesin. Sebaik sahaja anda menekan
butang untuk menghidupkan AED, ia akan meminta anda untuk menampal pad pada dada mangsa dan
menyambung sambungan pad ke mesin.
Terdapat dua pad; pad pertama dilekapkan di sisi kiri mangsa (lateral side) berdekatan mercu jantung dan pad
kedua di letakkan di sebelah atas kanan mangsa berhampiran tulang klavikel (tulang selangka) kanan mangsa.
Berhenti dari melakukan CPR ketika peralatan tersebut membuat analisa ritma jantung. Jika AED memberi arahan
untuk memberi renjatan elektrik, pastikan tiada orang menyentuh mangsa dan tekan butang renjatan. Teruskan
CPR sebaik sahaja renjatan elektrik diberi. Jika Analisa AED menunjukkan bahawa renjatan elektrik tidak
diperlukan, teruskan CPR seperti biasa. Selepas dua minit, AED akan mengarahkan anda untuk berhenti
melakukan CPR, ikut arahan seperti di atas. Jika AED menyatakan renjatan tidak perlu, periksa nadi mangsa
dengan segera. Jika tiada nadi, maka CPR hendaklah diteruskan. Untuk defibrilator jenis manual, anda perlu
memilih jumlah joule elektrik sebelum melakukan renjatan. Jumlah tenaga renjatan adalah 360 Joules untuk mesin
monofasa. Untuk mesin defibrilator jenis dwifasa, tenaga renjatan yang digunakan adalah jumlah Joules maksima
22
21