Page 22 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 22
Satu kitaran CPR terdiri daripada 1 set tekanan dada dan bantuan pernafasan. Set ini terdiri daripada 30 kali
tekanan dada dan 2 kali bantuan pernafasan. Dalam masa 2 minit, anda akan melakukan 5 kitaran CPR. Selepas
2 minit melakukan CPR, penyelamat yang terdiri daripada petugas perubatan hendaklah memeriksa nadi mangsa
di bahagian karotid. Untuk orang awam pula, cukup sekadar memeriksa pernafasan mangsa. Jika masih tiada
tanda kehidupan, sambung CPR.
Jika terdapat dua penyelamat, bergilir-gilir dalam melakukan tekanan dada dan bantuan pernafasan. Selepas dua
minit, tugasan penyelamat bertukar iaitu, orang yang memberi bantuan pernafasan akan membuat tekanan dada
dan sebaliknya.
Rajah 12: Posisi akhir mangsa semasa posisi pemulihan (Recovery position)
Letakkan mangsa di posisi pemulihan (recovery position) apabila mangsa sudah mempunyai pernafasan yang
baik dan normal. Posisi tersebut adalah posisi sisi (true lateral), stabil, kepala diletakkan di bahagian bersandar,
selamat dan selesa.
Tekanan Dada berkualiti tinggi ( Mangsa Dewasa)
(High Quality Chest compression)
Lower half of the sternum (Kedudukan separuh bawah tulang sternum)
Kedalaman tekanan 5-6 sentimeter
Kelajuan tekanan 100 hingga 120 seminit
Pastikan kedudukan lengkungan dada kembali pada kedudukan normal.
Minimumkan gangguan pada tekanan dada.
Kitaran 30 tekanan dan 2 pernafasan sebanyak 5 kitaran
21
20