Page 19 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 19
Posisikan mangsa ke keadaan terlentang (supine), dan jika mangsa di temui di kawasan lantai, rawatan awal
termasuk CPR hendaklah dilakukan di lantai. Jika terdapat tilam udara, tilam tersebut hendaklah dikempiskan.
Tidak perlu letakkan papan spina atau papan belakang di bahagian belakang mangsa yang di CPR.
4." Airway (Saluran pernafasan).
Untuk kes trauma yang disyaki ada kecederaan tulang leher servik, sila gunakan teknik perasat tolak dagu/ anjak
rahang (jaw thrust) untuk membuka salur pernafasan (rujuk bab Pengurusan Saluran Pernafasan). Jika gagal
untuk membuka salur pernafasan gunakan teknik angkat dagu, dongak kepala (head tilt chin lift) secara
berhati-hati. Untuk kes-kes lain boleh gunakan teknik angkat dagu, dongak kepala terus untuk membuka salur
pernafasan. Selepas proses tersebut penyelamat akan beralih ke fasa seterusnya iaitu memeriksa pernafasan.
Dua jari tangan kanan
diletakkan di bawah
dagu untuk Kepala didongakkan
mengangkat dagu
Rajah 6: Proses Buka salur pernafasan dengan teknik angkat dahu, dongak kepala.
Jika salur pernafasan gagal dibuka menggunakan teknik di atas, anda boleh menggunakan alat penyelamat
saluran pernafasan seperti salur pernafasan orofarink (oropharyngeal airway) jenis Berman atau Geudels (rujuk
bab Pengurusan Saluran Pernafasan) jika mangsa tidak mempunyai refleks geg atau guna salur pernafasan
nasofarinks (nasopharyngeal airway) jika mangsa mempunyai geg atau sedar (** tidak boleh digunakan jika
mangsa disyaki mengalami kecederaan kepala). Kedua-dua peralatan yang dinyatakan di atas boleh digunakan
jika anda berada berada di tempat yang mempunyai peralatan tersebut seperti fasiliti-fasiliti kesihatan atau anda
mempunyai peralatan tersebut.
5." Pernafasan
Penyelamat hendaklah memeriksa pernafasan dengan menggunakan teknik lihat (look), dengar (listen) dan rasa
(feel) dalam masa tidak melebihi 10 saat. Jika mangsa yang didapati tidak bernafas atau bernafas secara
abnormal (agonal atau gasping), maka penyelamat hendaklah memulakan tekanan dada.
18
17