Page 15 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 15
Jika kecemasan berlaku di lokasi atau unit yang menyimpan mesin AED, sila dapatkan AED (automated external
defibrillator) tersebut. Contoh lokasi yang menempatkan mesin AED adalah di lokasi-lokasi strategik seperti hotel
lima bintang, lapangan terbang antarabangsa dan tempat-tempat tumpuan ramai. Anda boleh meminta dan
menggunakannya jika perlu. Anda juga boleh meminta bantuan orang di sekeliling untuk membantu anda dalam
memberikan rawatan pertolongan cemas.
3." CPR (Resusitasi Kardiopulmonari)
CPR – Resusitasi Kardiopulmonari yang efektif diberikan kepada mangsa dengan segera.
4." Defibrilasi
Renjatan defibrilasi perlu diberikan kepada mangsa dengan mengunakan peranti AED atau dengan menggunakan
mesin defibrilasi manual.
5." ACLS/ALS (Advance Life Support, Rawatan Sokongan Hayat Lanjutan).
Rawatan awal Bantuan Hayat Asas yang dimulakan oleh anda, perlu diteruskan dengan mendapatkan rawatan
yang lebih lanjut seperti pemberian ubat adrenalin, dan mencari serta merawat punca mangsa mengalami
kardium terhenti. Rawatan lanjutan ini akan diberikan oleh pasukan perubatan terlatih.
6." Rawatan Selepas Resusitasi
Selepas mangsa mendapat kembali degupan jantung, rawatan seterusnya akan diteruskan di Jabatan
Kecemasan atau Unit Rawatan Rapi bagi menjamin proses bantuan resusitasi tidak sia-sia. Rawatan tersebut
termasuklah ujian penyiasatan darah, X-Ray, rawatan untuk menstabilkan pesakit (pemberian ubat-ubatan, terapi
elektrik, pembekalan nutrisi) dan pembedahan jika perlu.
14
13