Page 12 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 12

Kardium  terhenti  dan  pernafasan  terhenti  adalah  satu  kejadian  yang  tidak  dapat  dielakkan  dan  boleh  berlaku

           kepada  mana-mana  individu  di  sekeliling  kita.  Dengan  mempelajari  Bantuan  Asas  Hidup  (Basic  Life  Support),
           banyak  nyawa  boleh  diselamatkan.  Tanpa  rawatan  kecemasan  selepas  terjadinya  kardium  atau  pernafasan

           terhenti,  peluang  untuk  seseorang  hidup  menjadi  semakin  berkurangan  dan  risiko  kematian  otak  (brain  death)
           meningkat selepas 4 minit pertama bekalan darah ke otak terputus.


           Sebanyak  80  peratus  kegagalan  jantung  dan  pernafasan  berlaku  di  luar  hospital  dan  sebanyak  94  peratus

           mangsa mati sebelum tiba di Jabatan Kecemasan. Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation,
           CPR) yang efektif dapat meningkatkan peluang seorang untuk hidup kepada dua kali ganda.


           Bantuan  Asas  Hidup  merupakan  satu  modul  latihan  asas  kepada  perawatan  cemas  dan  asas  kepada
           modul-modul latihan lain seperti Rawatan Sokongan Hayat Lanjutan, Bantuan Sokongan Hayat Mangsa Trauma

           dan Rawatan Sokongan Hayat Lanjutan Pesakit Pediatrik.


           Bantuan Asas Hidup merupakan tindakan asas yang perlu diambil apabila terjumpa mangsa kanak kanak atau
           dewasa  yang  tidak  sedarkan  diri  serta  mengalami  jantung  atau  pernafasan  terhenti  dan  tercekik.  Latihan  ini

           bertujuan  untuk  memberi  keyakinan  kepada  para  peserta  supaya  dapat  melakukan  rawatan  awal  bagi
           menyelamatkan nyawa secara selamat dan efektif.







           Objektif.


           Selepas  menjalani  kursus  Bantuan  Asas  Hidup,  peserta  kursus  seharusnya  dapat  melakukan  perkara-perkara
           berikut :



           1. Mengenal pasti mangsa yang perlu diberi rawatan Bantuan Asas Hidup.


           2. Memberi  rawatan  pertolongan  cemas  kepada  mangsa  dewasa  yang  mengalami  kardium  atau  pernafasan
               terhenti (memberi pertolongan ketika berseorangan atau dengan kehadiran lebih penyelamat).


           3. Memberi rawatan pertolongan cemas kepada bayi atau kanak kanak yang mengalami kardium atau pernafasan

               terhenti.


           4. Mahir dalam mengendalikan peranti AED (automated external defibrillator).


           5. Mahir dalam memberi rawatan pertolongan cemas kepada mangsa (samada bayi atau dewasa) yang tercekik.


           6. Mengetahui teknik yang betul dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.






           Berikut merupakan perkara penting yang ditekankan dalam panduan tahun 2016 :



           1. Kardium terhenti dikenalpasti melalui pernafasan terhenti atau mangsa disahkan tidak sedar diri.


           2. Pernafasan tercungap-cungap “gasping”  atau pernafasan sengsara “agonal” adalah tanda kegagalan fungsi
               jantung dan kardium terhenti.










                                                                                                                                               11
                                                                                                                                             10
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17