Page 17 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 17

1."    Danger (Bahaya).



           Tempat  kejadian  hendaklah  ditinjau  bagi  memastikan  ia  selamat.  Keselamatan  anda  mesti  diutamakan  terlebih
           dahulu (self) diikuti dengan keselamatan pemandiri (survivor) dan seterusnya keselamatan lokasi tempat kejadian
           (surrounding). Sebagai contoh; jika terdapat dawai elektrik yang masih mengalirkan elektrik maka tugas utama

           penyelamat ialah mematikan suis utama elektrik.


           Selepas meninjau dan memastikan mangsa boleh didekati secara selamat, barulah anda menghampiri mangsa
           tersebut bagi memberi bantuan. Jika di tempat kejadian ada disediakan alat pertolongan cemas (first aid kit) maka

           penyelamat dinasihatkan supaya memakai sarung tangan dan peralatan yang melindungi penyelamat dari terkena
           darah atau cairan badan berbahaya. Pesakit yang tidak stabil atau mengalami kesakitan akut yang serius dan

           dibawa ke hospital hendaklah dirawat dalam kawasan khusus yang lengkap dengan peralatan untuk menstabilkan
           mangsa.  Pastikan  sisa  peralatan  tajam  yang  digunakan  sewaktu  menstabilkan  pesakit  dibuang  ke  dalam  tong
           kuning khas bagi mengelakkan kecederaan akibat tertusuk benda tajam seperti jarum.






































                 Rajah 3: Pastikan kawasan sekeliling selamat dan tidak terdapat sebarang bahaya. Amalkan teknik 3S Self
                                             (Sendiri), Surounding (Persekitaran), Survivor (Pemandiri).


                 Pastikan tiada bahaya, tiada wayar elektrik yang terdedah, tiada kebocoran gas atau minyak yang mudah

                                                       terbakar sebelum menghampiri mangsa.



           Rawatan  tidak  semestinya  diberikan  kepada  mangsa  dalam  keadaan-keadaan

           tertentu  jika  bahaya  yang  ada  tidak  dapat  dihapuskan  dan  mungkin                           3S               Self
           membahayakan penyelamat. Contohnya banjir besar yang belum surut, letupan                                            Survivor

           berterusan, gunung berapi aktif dan sebagainya. Sekiranya bahaya tersebut tidak                                      Surrounding
           dapat  diatasi  atau  diminimakan,  dapatkan  bantuan  pasukan  yang  terlatih  untuk
           menangani situasi sedemikian seperti bomba.

















                                                                                                                                               16
                                                                                                                                             15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22