Page 18 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 18
2." Respond (Gerakbalas mangsa).
Hampiri mangsa di sebelah kanan setelah dipastikan tiada bahaya. Tepuk ke dua-dua bahu mangsa sambil
memekik: Hello Hello Are you OK? Teknik ini mesti dilakukan dengan betul bagi memastikan mangsa betul-betul
tidak sedarkan diri dan bukannya tidur, kepenatan atau mabuk.
Hello Hello, Are You OK?
Hello Hello, Kamu OK?
Rajah 4: Proses melihat gerkbalas mangsa dengan menepuk d ibahagian kedua-dua bahu mangsa sambil
memekik: Hello, Hello, Are you OK?
3." Shout (jerit/pekik).
Jika mangsa disahkan tidak sedarkan diri, penyelamat perlulah memekik meminta bantuan, telefon 999 dan
meminta orang yang berada di tempat kejadian untuk membawa peranti AED (Automated External Defibrillator).
Jika kejadian berlaku dalam kawasan hospital, pekik untuk meminta tolong dan minta agar dibawakan troli
kecemasan. Pekik: Panggil 999 dapatkan Ambulan & AED dan sila bantu kerana terdapat mangsa yang tidak
sedarkan diri.
Rajah 5: Proses mendapatkan bantuan semasa kecemasan dengan menyuruh sesorang untuk memanggil 999 untuk
ambulan dan bawakan AED.
17
16