Page 14 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 14
INTERVENSI AKSES CPR DEFIBRILASI ACLS RAWATAN SELEPAS
AWAL RESUSITASI
Rajah 2: Menunjukkan rantaian kehidupan. Sumber asal gambar daripada ZOLL Medical Corporation
1." Intervensi Awal
Intervensi awal adalah langkah langkah awal yang perlu diambil oleh mangsa itu sendiri. Antara langkah-langkah
pencegahan adalah mengawal penyakit diabetis, darah tinggi dan mengamalkan cara hidup sihat seperti tidak
merokok dan bersenam. Tindakan ini akan mengurangkan risiko berlakunya penyakit jantung dan kardium
terhenti.
2." Akses Awal.
Menelefon 999 dalam kadar segera jika terdapat mangsa tercekik atau tidak sedarkan diri. Nemonik ini boleh
membantu anda untuk menyampaikan maklumat secara lengkap:
M = My profile : Maklumat pemanggil seperti nama, dan nombor telefon.
E = Exact location: Maklumat yang tepat lokasi kejadian, dengan memberitahu selekoh, nama jalan, bangunan
berhampiran dan tempat menunggu sehingga ambulan tiba di tempat lokasi
T = Type of incidence: Jenis kejadian yang berlaku, maklumat seperti nama mangsa (jika diketahui), jantina
mangsa, anggaran umur dan masalah yang sedang dihadapi sebagai contoh mangsa tercekik, sawan dan
sebagainya.
H = Hazard: Mengenalpasti potensi bahaya di tempat kejadian seperti kebocoran gas, kebocoran minyak dan
sebagainya. Ini dapat membantu dalam memberikan gambaran jelas dan peralatan yang perlu dibawa oleh
paramedik.
A = Access: Disebabkan anda berada di tempat kejadian, anda mungkin dapat memberikan jalan terbaik yang
boleh dilalui oleh paramedik ke lokasi untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas atau jalan yang tersekat akibat
daripada tanah runtuh atau sebagainya.
N= Number: Jumlah mangsa yang cedera atau mangsa yang tidak sedarkan diri.
E= Emergency service needed: Bantuan yang diperlukan seperti bomba, polis atau ambulan jika dirasakan perlu
bagi masalah yang sedang dihadapi.
13
12