Page 13 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 13

3. Pemeriksaan  nadi  karotid  (carotid  pulse)  pada  mangsa  dewasa  tidak  perlu  dilakukan  sebelum  memulakan

               tekanan  dada  (chest  compression)  kecuali  anda  seorang  paramedik  dan  dilatih  untuk  mentafsir
               elekrokardiogram.


           4. Tekanan  dada  hendaklah  dimulakan  segera,  sejurus  mangsa  disahkan  tidak  bernafas  atau  bernafas  secara

               agonal.


           5. Mengamalkan tekanan dada berkualiti tinggi dan gangguan pada tekanan dada diminimakan.


           6. Tekanan dada dimulakan sejurus selepas renjatan defibrilasi diberikan.






           Apakah itu Bantuan Asas Hidup?



           Rawatan  awal  yang  merangkumi  teknik-teknik  dalam  memberikan  resusitasi  kardiopulmonari  (cardiopulmonary,
           CPR), dan teknik-teknik merawat mangsa tercekik.


           Apakah itu Resusitasi Kardiopulmonari (cardiopulmonary resuscitation, CPR)?


           Resusitasi kardiopulmonari adalah rawatan yang merangkumi tekanan dada, pemberian ventilasi ke peparu dan

           melakukan penilaian setiap dua minit terhadap tindak balas mangsa kepada rawatan yang diberikan sehingga
           mangsa sedar atau mempunyai nadi.


           Fisiologi tekanan dada.



           Terdapat  dua  teori  yang  menerangkan  fungsi  tekanan  dada  dalam  penghasilan  peredaran  darah.  Dua  teori  itu
           ialah Teori Pam Kardium (Cardiac Pump Theory) dan Teori Pam Toraks (Thoracic Pump Theory). Semasa tekanan
           dada  dilakukan,  tekanan  (pressure)  pada  bahagian  dalam  toraks  akan  meningkat  disebabkan  oleh  pengecilan

           ruangan  toraks  tersebut.  Seterusnya  tekanan  tersebut  menolak  darah  keluar  dari  jantung  ke  arteri.  Semasa
           tekanan dada dilepaskan, tekanan menjadi berkurangan dan menyebabkan darah dari vena kembali ke jantung.

           Injap jantung dan salur darah memastikan aliran darah sehala dari vena ke jantung seterusnya ke arteri.






           Fisiologi bantuan pernafasan mulut ke mulut.


           Udara yang dikeluarkan dari mulut semasa proses hembusan nafas masih mengandungi oksigen kerana badan

           manusia  tidak  menggunakan  oksigen    yang  disedut  dari  udara  sepenuhnya.  Ini  kerana  sebahagian  daripada
           udara hembusan tidak terlibat dengan penukaran oksigen kerana udara tersebut berada di kawasan ruang mati

           anatomi (anatomical dead space) seperti trakea, farinks dan larinks.






           Rantaian kehidupan (Chain of survival).


           Peratusan  untuk  mangsa  kardium  terhenti  terselamat  dan  hidup  adalah  bergantung  kepada  perlaksanaan
           komponen dalam rantaian kehidupan.










                                                                                                                                               12
                                                                                                                                             11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18