Page 20 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 20

LIHAT, DENGAR, RASA selama 10 saat





































            Rajah 7: Periksa mangsa dengan memerhatikan pergerakan dada mangsa, dengar pernafasan mangsa dan rasa

             udara yang dihembus mangsa melalui hidung dan mulut mangsa dalam masa kurang dari 10 saat. Jika mangsa
                                   tidak bernafas atau bernafas agonal atau gasping mulakan tekanan dada.







           Bagi  penyelamat  yang  merupakan  paramedik  terlatih  dengan  ritma  jantung  (EKG)  Elektrokardiogram,  anda

           hendaklah memeriksa nadi karotid mangsa semasa memeriksa ritma jantung pesakit.






           6."    Circulation (Sistem peredaran darah/aliran darah.)


           Jika  mangsa  tidak  bernafas,  pernafasan  abnormal  (gasping  /  agonal)  atau  tiada  nadi  maka  tekanan  dada

           hendaklah dilakukan.


           Tekanan  dada  hendaklah  diberikan  sebanyak  30  kali  tekanan  dan  diikuti  dengan  2  kali  bantuan  pernafasan.
           Tekanan  dada  dilakukan  di  bahagian  pertengahan,  separuh  bawah  tulang  sternum  (lower  half  of  the  sternum)

           dada mangsa dengan kedalaman 5 hingga 6 cm. Pastikan tekanan dengan berkelajuan (rate) 100 hingga 120
           tekanan  per  minit  dan  kedudukan  lengkungan  dada  kembali  ke  kedudukan  normal  selepas  proses  tekanan
           tersebut (allow full chest recoil).



           Pastikan  proses  tekanan  dada  ini  tidak  terganggu  dengan  aktiviti  lain  (minimal  interruption).  Bagi  memastikan
           tekanan  dada  pada  kelajuan  tekanan  tidak  melebihi  100  hingga  120  tekanan  per  minit,  anda  boleh  mengikut
           tempo lagu Billie Jean oleh Michael Jackson atau lagu Stayin’ Alive oleh Bee Gees atau menggunakan peranti

           yang boleh memeriksa kedalaman tekanan dada dan tekanan dada.
















                                                                                                                                               19
                                                                                                                                             18
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25