Page 34 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 34
Lihat pergerakan dada
Dengar & rasa pernafasan
Beri bantuan pernafasan sebanyak 5
hembusan
Rajah 19 dan 20: Periksa mangsa dengan memerhatikan pergerakan dada mangsa, dengar pernafasan
mangsa dan rasa udara yang dihembus mangsa melalui hidung dan mulut mangsa dalam masa kurang dari
10 saat. Jika mangsa tidak bernafas atau bernafas agonal atau gasping beri bantuan pernafasan sebanyak 5
hembusan terlebih dahulu.
Topeng muka dicekup ke
hidung dan mulut
mangsa menggunakan
teknik Penjepit C-E.
Rajah 21: Rajah menunjukkan mangsa diberi bantuan pernafasan sebanyak 5 hembusan terlebih dahulu
menggunakan beg-injap-sungkup
6." Circulation (sistem peredaran darah)
Bagi penyelamat bukan dari kalangan petugas perubatan, tekanan dada dimulakan sebaik sahaja tiada
pernafasan atau pernafasan agonal / gasping. Bagi penyelamat dengan latar belakang perubatan, anda
hendaklah memeriksa nadi femoral atau karotid bagi kanak kanak atau nadi brakial atau femoral bagi bayi.
33
31