Page 35 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 35
Jika tiada nadi atau nadi kurang daripada 60 denyutan per minit dan terdapat tanda-tanda hipoperfusi, maka
tekanan dada dimulakan.
Tekanan dada
menggunakan dua jari,
dilakukan di bahagian
bawah (lower half of the
chest) dada mangsa
Rajah 22: Rajah menunjukkan teknik menekan dada kanak kanak menggunakan satu tangan
Tekanan dada dilakukan di
bahagian bawah (lower half
of the chest) dada mangsa
Rajah 23: Rajah menunjukkan teknik menekan dada kanak kanak menggunakan teknik ibu jari pelilit( thumb
encircling)
Tekanan dada hendaklah diberikan sebanyak 15 kali tekanan dada dan 2 kali pernafasan. Tekanan dada
dilakukan di bahagian bawah (lower half of the chest) dada mangsa dengan kedalaman 4 hingga 5 sentimeter.
Teknik menekan dada kanak kanak adalah dengan menggunakan samada satu tangan atau dua tangan. Bagi
resusitasi bayi dengan 1 orang penyelamat, maka teknik dua jari digunakan menggunakan satu tangan. Jika
terdapat 2 orang penyelamat dan tangan penyelamat dapat merangkumi bahagian dada mangsa, maka teknik ibu
jari pelilit (thumb encircling) menggunakan dua tangan digunakan. Pastikan tekanan pada kelajuan (rate) 100
hingga 120 tekanan per minit dan kedudukan dada kembali ke kedudukan normal (allow fully chest recoil) selepas
tekanan dada. Pastikan proses tekanan dada ini tidak terganggu dengan aktiviti lain (minimal interruption). Bagi
memastikan tekanan dada pada kelajuan tekanan melebihi 100 hingga 120 tekanan per minit, anda boleh
mengikut tempo lagu Billie Jean oleh Michael Jackson atau lagu Stayin’ Alive oleh Bee Gees.
34
32