Page 15 - KEBAL ABPN 2020
P. 15
1.1 CARTA ORGANISASI
“ Dari belia untuk belia
Memperkasa belia layangan ”
Berdasarkan perlembagaan Kelab belia Anak Layangan, Kelab/Pertubuhan ini
ditadbir oleh jawatankuasa induk dan dibantu oleh jawatankuasa-jawatankuasa lain.
Jawatankuasa induk terdiri daripada:
i. Seorang Pengerusi
ii. Seorang Timbalan Pengerusi
iii. Seorang Naib Pengerusi 1
iv. Seorang Naib Pengerusi 2 (Wanita)
v. Seorang Setiausaha
vi. Seorang Penolong Setiausaha
vii. Seorang Bendahari
viii. Seorang Penolong Bendahari
ix. Tujuh orang biro tertinggi yang dipilih
x. Lima orang biro tertinggi yang dilantik
Setiausaha, timbalan setiausaha dan bendahari adalah dilantik oleh pengerusi dengan
persetujuan Jawatankuasa Induk dalam mesyuarat Pertama Jawatankuasa Induk selepas
Mesyuarat Agung Tahunan tetapi ketiga-tiga mereka tidak mempunyai hak mengundi dan
diundi.
Sekiranya terdapat kekosongan jawatan disebabkan penjawat jawatan telah
melepaskan jawatan atau meninggal dunia, maka calon yang mendapat undi kedua terbanyak
di dalam Mesyuarat Pemilihan yang lepas adalah dengan tersendiri layak untuk memegang
jawatan tersebut serta dipersetujui oleh pertubuhan, jika calon yang demikian tidak ada atau
menolak tawaran jawatan itu, maka pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu dibawa
ke dalam Mesyuarat Agung yang akan datang.
10