Page 10 - KEBAL ABPN 2020
P. 10

PENGENALAN
                                                                                              “ Dari belia untuk belia
                                                                                       Memperkasa belia layangan ”



                       Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) telah didaftarkan sebagai pertubuhan belia di
               bawah seksyen 10 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 pada 13 Januari
               2016. Nombor pendaftaran bagi KEBAL adalah PPBM: KT0127/15/16. Idea asal penubuhan

               kelab ini disuarakan oleh Ketua Kampung Layang-Layangan En. Faizal Bin Hj Lakat. Beliau
               menyarankan supaya belia di kampung ini untuk menwujudkan satu kelab belia yang sah dan

               berdaftar.    Oleh  hal  demikian,  ahli  kelab  belia  ini  mestilah  terdiri  daripada  penduduk  Kg.
               Layang-Layangan yang tetap mahupun permastautin.


                        Kg.  Layang-Layangan  terkenal  dengan  keberadaan  burung  layang-layang
               memandangkan nama Kg. Layang-Layangan di ambil sempena terdapatnya sebuah pulau
               kecil yang terletak berhadapan dengan kawasan perkampungan tersebut. Menurut beliau lagi,

               pulau kecil yang berkeluasan 80 meter persegi itu dahulunya terdapat banyak spesis ular dan
               burung  layang-layang.  Pada  setiap  petang,  burung  layang-layang  ini  akan  kelihatan
               berterbangan di pesisiran pantai kawasan perkampungan ini maka wujudlah nama kampung

               yang di beri nama Kampung Layang-Layangan. Nama kampung itu kekallah sehingga ke hari
               ini. Oleh itu, KEBAL mengambil langkah untuk meletakkan satu imej burung layang-layang

               pada logo rasmi KEBAL yang membawa maksud kelab belia ini adalah satu-satunya kelab
               belia tunggal yang berdaftar dengan nama Kelab Belia Anak Layangan.


                       Kg.  Layang-layangan  ini  aktif  dalam  melakukan  aktiviti  bergotong-royong  dan
               bersukan. Hal ini lebih meriah dengan penubuhan KEBAL pada tahun 2016 dengan sokongan

               padu Ketua Kampung En. Faizal Bin Lakat pada ketika itu. Pelbagai kaum dan bangsa yang
               terdapat di kampung ini. Antaranya ialah kaum Kedayan, Brunei, Melayu, Kadazan, Cina Dan
               India. Penduduk kampung ini walaupun berlainan agama dan bangsa, mereka masih boleh

               berkerjasama dalam melakukan semua aktiviti.

























                                                            5
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15