Page 6 - KEBAL ABPN 2020
P. 6

PROFIL KAMPUNG LAYANG-LAYANGAN
                                                                                              “ Dari belia untuk belia
                                                                                       Memperkasa belia layangan ”



                                    SEJARAH KAMPUNG LAYANG-LAYANGAN


                       Kampung Layang-Layangan adalah merupakan sebuah kampung di tepi pantai yang
               berhadapan dengan laut cina selatan. Nama layang-layangan yang diberikan adalah berasal
               daripada nama sebuah pulau kecil yang terletak tidak jauh dari pantai kampung ini iaitu pulau

               layang-layang. Pulau tersebut mendapat nama sedemikian kerana pada masa dahulu ianya
               dihuni oleh begitu banyak burung layang-layang.


                       Kampung layang-layangan adalah merupakan gabungan daripada beberapa kawasan
               yang mempunyai nama tersendiri. Kawasan-kawasan tersebut adalah menengah, saba dan

               kassim. Pentadbiran menggunakan kaedah ketua kampung sudah pun bermula dari sebelum
               perang dunia kedua lagi. Sistem ketua kampung yang dahulunya adalah merupakan jawatan
               yang diwariskan kepada anak telah pun diubah kepada pemilihan atau karisma seseorang

               yang lebih layak dan berkeupayaan untuk memimpin kampung.

                       Kampung Layang-Layangan terletak kira-kira 10 km daripada bandar Labuan. Ianya

               bersempadan dengan empat buah kampung lain iaitu  Kg. Sungai Labu, Kg. Bukit Kalam,
               Pohon  Batu  Dan  Kg.  Merinding.  Kedudukannya  yang  menghadap  laut  cina  selatan
               menyebabkannya mudah terdedah kepada ribut pada musim tengkujuh. Namun keindahan

               pantainya dan aktiviti rekreasi yang diwujudkan, menarik ramai yang datang untuk menikmati
               keindahan pantai dan lautnya.



































                                                            1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11