Page 2 - KEBAL ABPN 2020
P. 2

WATIKAH PENGERUSI
                                                                                              “ Dari belia untuk belia
                                                                                       Memperkasa belia layangan ”



                                                   PENGHARGAAN


                                            Assalamualaikum dan Salam Sayangi Malaysiaku,

                                            Alhamdulillah puji syukur kepada Allah SWT atas izinNya
                                            dapatlah  Kelab  Belia  Anak  Layangan  KEBAL  mengikuti
                                            Anugerah Belia Perdana Negara tahun 2020 bagi kategori
                                            Pertubuhan Belia.

                                            Jutaan Terima Kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan
                                            yang  mana  saban  tahun  mengadakan  satu  anugerah
                                            penilaian berprestij yang memberikan ruang dan peluang
                                            kepada Pertubuhan-pertubuhan belia untuk


                bertanding di dalam program Anugerah Perdana Belia Negara bagi meningkatkan
                kualiti,  mutu  dan  potensi  satu-satu  pertubuhan  belia  khususnya  Kelab  Belia  Anak
                Layangan (KEBAL).

                Terima  Kasih  juga  buat  Jabatan  Belia  dan  Sukan  WP  Labuan  yang  sentiasa
                memberikan  dan  menyediakan  program-program  kepimpinan  dan  sukan  seiring
                kehendak belia-belia setempat di WP Labuan di Kg Layang-Layangan Khususnya.
                Selain itu, sentiasa memberikan servis terbaik dari segi komunikasi antara pegawai
                dan penyediaan fasiliti sukan di Kompleks Sukan Labuan.

                        Terima  Kasih  buat  Majlis  Belia  Labuan  (MBL)  selaku  badan  induk  bagi  23
                pertubuhan  belia  di  WP  Labuan  yang  bertanggungjawab  memastikan  kesemua
                pertubuhan-pertubuhan belia di akar umbi sentiasa aktif dan tidak lekang memberi
                tunjuk ajar serta pendedahan isu semasa dari masa ke masa.







                ___________________________
                (MOHD FITRI BIN KAMIL           )
                Pengerusi,
                Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL)
                WP Labuan
   1   2   3   4   5   6   7