Page 14 - e-majalah (Isu Vandalisme Dalam Kalangan Remaja)
P. 14
KESAN BURUK VANDALISME
1. Kesan terhadap
individu
Kebanyakan individu yang melakukan
vandalisme hanya untuk melepaskan
geram dan sesetengahnya untuk
memenuhi kepuasan hati. Hal
demikian memberikan kesan kepada
individu untuk melakukan perbuatan
yang sama itu lagi jika masalah ini
masih berterusan . Hal ini secara tidak
lansung akan menyebabkan perkara
yang lebih teruk akan berlaku seperti
merompak atau membunuh.
2. Kesan terhadap masyarakat
Vandalisme sering dipandang remeh oleh masyarakat
setempat. Mereka hanya berdiam diri sedangkan
vandalisme berlaku di depan mata mereka. Akhirnya
masyarakat juga yang merana akibat aktiviti yang
terkutuk itu. Masyarakat susah untuk membuat
perhubungan semasa dalam keadaan kecemasan.
Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang
terbakar. Selain itu, masyarakat tidak selesa ketika
menggunakan harta benda awam yang lain. Contohnya
basah ketika menunggu bas kerana atap di perhentian
bas rosak sebab tidak dapat menghalang hujan yang
turun. Contengan pada dinding tandas awam
memburukkan dan mendorong kepada generasi muda
untuk meniru gejala tidak sihat ini.
3. Kesan kepada negara
Banyak fenomena vandalisme yang boleh
menjejaskan mata memandang dan ini sudah
tentu menjejaskan imej negara .Jumlah kerugian
akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar.
Peruntukan kewangan yang digunakan untuk
mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-
kemudahan yang dirosakkan itu lebih baik
sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek
lain yang lebih berfaedah. Hal ini sudah tentu
dapat memberi manfaat kepada rakyat
keseluruhannya.