Page 15 - e-majalah (Isu Vandalisme Dalam Kalangan Remaja)
P. 15
Langkah-langkah
mengatasi
vandalisme
1) Ibu bapa harus
menjalankan peranan
penting dalam
menyifarkan masalah
vandalisme.
Mereka perlu memantau
kegiatan anak-anak mereka
supaya tidak terjerumus ke
dalam kancah yang negatif.
Bukan itu sahaja, malah
pergaulan anak-anak juga
patut diawasi agar tidak
melakukan kesilapan dalam
memilih rakan. Lebih-lebih
lagi, ibu bapa harus
menyemai ilmu keagamaan
dalam diri anak-anak sejak
kecil lagi kerana
sesungguhnya, melentur
buluh biarlah dari
rebungnyaJika ibu bapa 2) Masyarakat juga
melaksanakan peranan perlu memainkan
mereka dengan sempurna, tanggungjawab mereka
pasti masalah vandalisme demi menangani
dapat diatasi dengan masalah vandalisme
mudah. dalam kalangan pelajar.
Sebagai seorang ahli
masyarakat, kita harus peka
terhadap situasi di sekeliling
kita. Contohnya, jika terlihat
perlakuan vandalisme, kita
patut melaporkannya
kepada pihak berkuasa.
Pendek kata, kita tidak
patut bersikap seperti enau
dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing.
Maka, sekiranya masyarakat
bersikap proaktif, pasti
kegiatan vandalisme
mampu dikurangkan.