Page 45 - SJKT FES SERDANG BUKU PENGURUSAN KURIKULUM 2020
P. 45
kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Pihak Pentadbiran Sekolah beserta Ketua-ketua
Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
5.1: Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 .
5.2: Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat
adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu semua panitia
mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama,
saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan
dan keberkesanan pengajaran.
5.3: Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam
pengurusan prestasi mata pelajaran.
5.4: Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi pengajaran
yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar untuk
belajar dengan lebih baik.
5.5: Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat
kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir sebagai penasihat. Satu
salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Guru Besar melalui
Setiausaha Kurikulum.
5.8: Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan panitia sambil diselia oleh
ketua panitia.
6.0 SISTEM FAIL
6.1: Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
6.2: Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi – putih).
6.3: Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah di bawah
pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran sekolah.
7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
7.1: Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) - Sepuluh ( 10 ) Mata Pelajaran.
7.2: Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) -Tiga belas ( 13 ) Mata Pelajaran.
8.0. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
8.1: Dokumen Standard Kurikulum Pelajaran (DSKP),Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT ) dan
Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa
dirujuk oleh setiap guru apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
8.2: DSKP Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah
diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.
8.3: Satu salinan DSKP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia.
8.4: Guru mestilah dapat menghayati ,mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam DSKP kepada objektif pentaksiran dan juga
mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,dengan itu setiap
guru harus mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam dan pentaksiran perkembangan
murid bagi mata-mata pelajaran yang diajar.
8.5: Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru yang telah
disahkan oleh Guru Besar mestilah dilampirkan bersama di dalam Fail Rekod Mengajar .
8.6: Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Fail Rekod Mengajar hendaklah mengikut
format yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia bagi mata pelajaran masing-masing atau
paling minima mengikut pekeliling yang ditetapkan.
8.7: Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam Fail Rekod Mengajar
sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran. Oleh itu, Fail Rekod Mengajar mestilah
lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap waktu pengajaran.
8.8: Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap