Page 18 - DARAH TITIK DI SEMANTAN
P. 18
PLOT
Binaan Plot
Permulaan – Zahid, Samad, Rahman, dan
Awang Muhammad sedang menuju ke Masjid
Lubuk Terua. Zahid terkenang akan sikap
Datuk Bahaman yang banyak berubah.
Selepas sembahyang, Datuk Bahaman
berucap tentang Inggeris yang telah
menjajah tanah air mereka.
Perkembangan – Inggeris telah membina
kubu di Lubuk Terua. Pak Long Abas
mencadangkan supaya mereka bertindak
tetapi dihalang oleh Datuk Bahaman dengan
alasan persiapan belum cukup. Kira-kira dua
minggu kemudian, Zahid ternampak dua
buah perahu yang membawa seorang
Inggeris dan diapit oleh tiga orang mata-mata
Sikh. Samad hendak menyerang mereka
tetapi dihalang oleh Awang Muhammad.
18