Page 20 - DARAH TITIK DI SEMANTAN
P. 20
PLOT
Klimaks – Askar-askar sultan naik ke tebing
Pasir Tuk Anjang. Askar-askar itu meniarap dan
menghalakan senapang ke atas. Datuk
Bahaman mengarahkan para pengikutnya
menghalakan senapang ke udara. Keadaan
menjadi kelam-kabut apabila tembakan askar-
askar sultan terkena paha Mat Lela. Kemudian,
dada Awang Muhammad pula ditembusi peluru
askar-askar sultan. Tuk Muda Bidin dan Imam
Perang Weh berlari ke arah askar-askar sultan
untuk menyerah diri. Namun begitu, mereka
berdua ditikam oleh ketua askar sultan.
Peleraian – Askar-askar sultan bersorak
kemenangan. Datuk Bahaman kecewa kerana
sultan telah mungkir janji. Datuk Bahaman sendiri
tetap patuh pada janji. Datuk Bahaman
meninggalkan Semantan lalu mudik ke Sungai
Lembing. Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk
Gajah dan Mat Kilau.
20