Page 49 - EBUKU LAPORAN KN2020
P. 49

!
                                  MINIT KONVENSYEN NASIONAL 2019
                                                                           !
                                                                           !
            AGENDA 8   :  ! PERBAHASAN PIDATO PRESIDEN

             1!  Noor Khalim Sakib (Negeri Johor) membahaskan mengenai perkembangan
                 cabaran  Malaysia  Baharu  dari  segi  kepelbagaian  aliran  pemikiran  yang
                 merosakkan  seperti  ekstremisme,  perkauman,  liberal  dan  sebagainya.
                 Justeru, agenda ‘Rahmatan Lil Alamin’ perlu diperkasakan manakala para
                 pimpinan Amanah perlu turun ke bawah untuk menguatkan penerangan
                 dan  komunikasi  dalam  kalangan  rakyat.  Kehidupan  yang  harmoni  perlu
                 diwujudkan.
             2!  Che  Ibrahim  Mohamed  (Negeri  Kelantan)  menyentuh  mengenai  langkah
                 mengukuhkan  organisasi  yang  perlu  dilaksanakan  memandangkan  parti
                 berhadapan cabaran dalaman seperti jurang komunikasi antara pimpinan
                 dengan penduduk setempat. Parti disarankan supaya merangka program
                 yang  boleh  membantu  jentera  penerangan  menyampaikan  inisiatif  dan
                 dasar baharu kerajaan yang telah dilaksanakan.
     KONVENSYEN NASIONAL 2020 P ARTI AMANAH NEGARA
             3!  Jamzuri Ardani (Negeri Melaka)  membahaskan  mengenai  pembentukan
                 naratif  politik  Islam  dalam  era  Malaysia  Baharu.  PH  perlu  melawan
                 pembangkang  yang  membawa  budaya  fitnah  dan  bohong.  PH  perlu
                 menghidupkan  budaya  politik  baharu  yang  lebih  segar  untuk  menolak
                 budaya perkauman dan ekstremis agama.

             4!  Abdul Malek Alias (Negeri Sembilan) membahaskan mengenai kestabilan
                 negara dengan berkata bahawa rakyat hampir hilang harapan kepada PH
                 sebagai sebuah kerajaan. Beliau mencadangkan supaya pimpinan melantik
                 individu atau tokoh yang tepat untuk diberikan kedudukan dalam agensi-
                 agensi kerajaan.
             5!  Mohd Fadzli Mohd Ramly (Negeri Pahang)  membahaskan  mengenai
                 kedudukan  PH  selepas  setahun  menjadi  kerajaan  dengan  mendedahkan
                 prestasi  yang  merosot  di  samping  segelintir  pemimpin  yang  membuat
                 kenyataan yang tidak sesuai. Beliau menggesa langkah pemulihan segera
                 diambil untuk memulihkan kestabilan.

     AN      6!  Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi (Wilayah Persekutuan)  membahaskan
                 mengenai  status  Kampung  Baru  yang  mesti  ditangani  dengan  baik  oleh
      LAPOR      pemimpin  khususnya  Menteri  Wilayah  Persekutuan  dari  Amanah.

                 Kepimpinan negara harus meyakinkan rakyat seluruh negara dan penduduk
     BUKU        Kampung Baru bahawa pegangan tanah akan kekal dipegang oleh orang
                 Melayu.



                                                                              47
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54