Page 51 - EBUKU LAPORAN KN2020
P. 51

!
                                  MINIT KONVENSYEN NASIONAL 2019
                                                                           !
                                                                           !
             12!  Dr Fakhruldin Mohd Hashim (Negeri Perak) - Menimbulkan berlaku konflik
                 antara  ‘political  master’  dengan  urusan  pentadbiran  negeri  sehingga
                 menyukarkan Pakatan Harapan untuk melaksanakan agenda kepimpinan
                 kerajaan dengan baik. Mengambil contoh di Perak, beliau berkata, walaupun
                 Kerajaan  Negeri  telah  melaksanakan  23  daripada  31  manifesto  yang
                 ditawarkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi cabaran masih wujud
                 kerana terdapat golongan pelaksana polisi yang bersikap regresif.
             13!  Andri Zulkarnaen Hamden (Negeri Sarawak)  -  Menggesa  supaya  Menteri
                 Komunikasi  dan  Multimedia  digugurkan  kerana  gagal  menyebarkan
                 pencapaian dan kejayaan kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat. Selain
                 itu  beliau  juga  kesal  kerana  jentera  penerangan  kerajaan  gagal
                 dimanfaatkan untuk menjawab segala tohmahan dan fitnah daripada pihak
                 pembangkang.
             14!  Renddypeper Ismail (Negeri Sabah) - Membahaskan mengenai kemiskinan
     KONVENSYEN NASIONAL 2020 P ARTI AMANAH NEGARA
                 penduduk  di  Sabah  yang  masih  berada  pada  tahap  mendukacitakan
                 walaupun  berada  di  kawasan  pekan  dan  bandar.  Hal  ini  menyebabkan
                 golongan miskin terpinggir daripada dasar pembangunan sehingga hilang
                 peluang meningkatkan pendapatan walaupun dalam skala ekonomi hiliran.
                 Namun begitu, beliau mengucapkan tahniah kepada Menteri Pertanian dan
                 Industri Asas Tani kerana menjadi pemimpin yang kerap turun ke Sabah.

             15!  YB  Norhayati Bachok (Wanita)  -  Menimbulkan  kekesalan  kerana
                 pengiktirafan  kepimpinan  wanita  dalam  Parti  masih  berada  pada  tahap
                 yang belum memuaskan dan ketinggalan jauh berbanding parti komponen
                 Pakatan  Harapan  (PH)  yang  lain.  Beliau  mencadangkan  agar  model
                 kepimpinan  wanita  dibentuk  bagi  memastikan  golongan  ini  dapat
                 menonjolkan  corak  kepimpinan  yang  segar  dan  menepati  kehendak
                 semasa.
             16!  Shazni Munir Ithnin (Pemuda)  -  membangkitkan  tentang  blind  spot
                 berhubung  penurunan  umur  pengundi  kepada  18  tahun.  Mengingatkan
                 bahawa seramai 22.7 juta pengundi pada 2027.

     AN
      LAPOR



     BUKU




                                                                              49
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56