Page 125 - APP KKR 2023
P. 125
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
d) Melibatkan keselamatan/ strategik
Perolehan seperti alat-alat keselamatan atau projek tertentu yang strategik yang
perlu dirahsiakan.
e) Kontrak Dengan Syarikat Pembuat Bumiputera
Bagi barangan tertentu sahaja yang terdapat pada satu (1) atau dua (2)
pembekal/ kontraktor Bumiputera sahaja.
2.11.2 Tatacara Pengurusan Rundingan Terus
a) Surat Niat (LOI) hendaklah dikeluarkan kepada pembekal/ kontraktor setelah
syarat-syarat ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dipenuhi.
b) LOI ditandatangan oleh pegawai yang diberi kuasa serta terma dalam LOI tidak
mengikat Kerajaan (non-binding).
c) Jawatankuasa Rundingan Harga ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Pegawai
Pengawal atau Pegawai yang diberi kuasa.
d) Pelantikan Ahli Jawatankuasa Rundingan Harga yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya tiga (3) orang pegawai berkelayakan atau mempunyai
pengalaman dan kemahiran teknikal mengenai perolehan dibuat secara bertulis
oleh Pegawai Pengawal.
e) Kajian pasaran berkewajipan dilaksanakan bagi perolehan bekalan/
perkhidmatan sebelum sesuatu rundingan harga dijalankan. Trend harga
pembelian dan perolehan yang sama diuruskan oleh agensi lain dalam urusan
perolehan hendaklah diambil kira serta dijadikan panduan.
f) Bagi perolehan kerja, angka tunjuk harga/ indeks kos bahan binaan bangunan
yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan dijadikan asas rundingan.
g) Minit mesyuarat rundingan harga disediakan dengan dicatatkan kehadiran ahli
jawatankuasa dan perkara yang telah atau pun tidak dipersetujui dan
seterusnya ditandatangan oleh pengerusi dan wakil pembekal/ kontraktor.
h) Minit mesyuarat rundingan harga disediakan dengan dicatatkan kehadiran ahli
jawatankuasa dan perkara yang telah atau pun tidak dipersetujui dan
seterusnya ditandatangan oleh pengerusi dan wakil pembekal/ kontraktor.
i) Pengesahan bertulis ke atas harga rundingan yang dipersetujui diperolehi
daripada pembekal/ kontraktor.
j) Harga anggaran Kementerian/ Jabatan, harga tawaran asal dan harga
dipersetujui disenaraikan secara terperinci mengikut item atau komponen
perolehan.
124