Page 126 - APP KKR 2023
P. 126
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
k) Laporan Hasil Rundingan Harga disediakan dan ditandatangan oleh pengerusi
dan Ahli-ahli Jawatankuasa Rundingan Harga dalam tempoh tiga (3) hari
selepas tamat rundingan harga dan seterusnya dikemukakan kepada pihak
berkuasa yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan bagi meluluskan harga
tersebut.
l) Pegawai Pengawal membuat pengesahan ke atas harga yang telah dirunding
untuk dimuktamadkan dan mengemukakannya bersama Laporan Hasil
Rundingan Harga serta dokumen/ maklumat lain yang berkaitan untuk
kelulusan Perbendaharaan.
m) Sekiranya harga rundingan tidak dapat dipersetujui, Pengerusi Jawatankuasa
Rundingan Harga hendaklah memaklumkan kepada Pegawai Pengawal dan
Laporan Hasil Rundingan Harga tersebut dimaklumkan kepada
Perbendaharaan untuk keputusan sewajarnya.
n) Surat Setuju Terima dikeluarkan kepada pembekal/kontraktor tidak lewat
daripada tujuh (7) hari selepas kelulusan Kementerian Kewangan atau
Lembaga Perolehan (mengikut mana yang berkenaan).
o) Kementerian hendaklah memastikan keseluruhan proses rundingan harga
dapat diselesaikan dalam tempoh tidak lebih dua (2) minggu dan
pembekal/kontraktor tidak melengahkan persetujuan harga. Tempoh rundingan
ditentukan dan dimaklumkan kepada pembekal/ kontraktor di awal rundingan.
2.12 Kontrak Pusat
2.12.1 Kontrak Pusat (KP) bermaksud kontrak yang ditandatangani dan diuruskan oleh
Kementerian Kewangan bagi perolehan bekalan/perkhidmatan guna sama di mana
harga dan spesifikasi ditetapkan mengikut kontrak tersebut bagi tempoh tertentu.
2.12.2 Barangan/ Pelaksanaan KP adalah berasaskan penjimatan di dalam Perolehan
Kerajaan dengan berpandukan kepada lima (5) prinsip perolehan iaitu akauntabiliti
awam, ketelusan, persaingan terbuka, nilai faedah terbaik dan adil dan saksama
serta mengambil kira program bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
termasuk dasar-dasar semasa Kerajaan.
2.12.3 Di bawah Perjanjian FTA (Annex 15-A), KP bagi item seperti berikut adalah
dikecualikan:
(a) Perkhidmatan Pos Laju;
(b) Sampul Surat;
(c) Alat Pemadam Api Mesra Alam Aerohub®
Aerosol Fire Suppression System Dan 1MY227
Clean Agent Fire Suppression System; dan
(d) Peluru Senjata Laras Kecil dan Alat Pyrotechnic.
125