Page 134 - APP KKR 2023
P. 134
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
1 PELUPUSAN ASET ALIH
1.1 Permohonan pelupusan aset alih oleh agensi hendaklah dikemukakan kepada Kuasa
Melulus seperti yang telah ditetapkan di dalam Akta Perwakilan Kuasa 1956 P.U.(B) 485
bertarikh 27 Oktober 2014. Melalui akta ini, pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan
pelupusan aset alih adalah seperti berikut:
BIL. PELULUS NILAI PEROLEHAN ASAL
1. Pengarah Negeri/ Timbalan Kurang RM50,000 per item atau tidak melebihi
Pengarah Negeri RM500,000 secara agregat
Setiausaha Bahagian Tidak melebihi RM200,000 per item atau tidak
2.
(Pengurusan Aset) melebihi RM2,000,000 secara agregat
Tidak melebihi RM300,000 per item atau tidak
3. Ketua Pengarah
melebihi RM3,000,000 secara agregat
Tidak melebihi RM300,000 per item atau tidak
4. Timbalan Ketua Setiausaha
melebihi RM3,000,000 secara agregat
Tidak melebihi RM400,000 per item atau tidak
5. Ketua Setiausaha
melebihi RM4,000,000 secara agregat
1.2 Bagi Aset yang nilai perolehan asal melebihi RM400,000 per item atau RM4,000,000
secara agregat, kelulusan permohonan pelupusan perlu dikemukakan kepada
Perbendaharaan melalui Bahagian Kewangan.
1.3 Prosedur dan pelaksanaan pelupusan aset alih Kerajaan adalah tertakluk di bawah
Pekeliling Perbendaharaan AM2.7: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan,
Pelupusan.
2 PELUPUSAN ASET TAK ALIH
2.1 Pelaksanaan dan Pelaporan Pelupusan Aset
2.1.1 Pelaksanaan pelupusan aset adalah hasil keputusan penilaian keadaan/ prestasi
aset berdasarkan ciri-ciri berikut:
i. Tidak selamat untuk digunakan, atau
ii. Gagal mencapai tahap perkhidmatan dan fungsi yang ditetapkan, atau
iii. Sangat usang dan tidak boleh digunakan lagi, atau
iv. Kos penyenggaraan yang tidak ekonomik, atau
v. Masih sempurna tetapi tidak digunakan kerana tiada keperluan atau
vi. Keperluan tapak bagi pembangunan baru, atau
vii. Tidak berfungsi memenuhi tujuan reka bentuk dan perundangan.
133