Page 139 - APP KKR 2023
P. 139
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
1 PERJAWATAN DAN NAZIRAN
1.1 Arahan penempatan pegawai di sesebuah organisasi hendaklah berdasarkan Waran
Perjawatan yang telah diluluskan oleh Kerajaan sama ada dari segi jumlah perjawatan,
gred dan jawatannya. Penempatan secara pentadbiran adalah tidak dibenarkan kerana
ianya tidak berdasarkan prinsip rate for the job, menjejaskan struktur organisasi sedia
ada serta turut memberi implikasi dari aspek perkhidmatan dan kewangan.
Ketidakpatuhan pengisian penyandang tanpa berdasarkan kepada waran perjawatan
boleh menyebabkan pegawai yang berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya.
1.2 Program naziran hendaklah dilaksanakan secara berkala untuk mengenalpasti
keperluan sebenar sumber manusia di sesuatu organisasi. Di samping itu, program
naziran yang dilaksanakan hendaklah meliputi aspek pematuhan kepada peraturan
yang ditetapkan dari semasa ke semasa khususnya dalam bidang pengurusan sumber
manusia seperti perjawatan, penempatan, latihan, kemajuan kerjaya dan lain-lain
urusan perkhidmatan yang berkaitan.
2 PEMBEKUAN PEWUJUDAN JAWATAN BAHARU
2.1 Sebarang cadangan pewujudan dan pertambahan jawatan di bawah Program Baharu
dan Peluasan Program Sedia Ada hendaklah dilaksanakan secara kaedah pindah
butiran atau tukar ganti perjawatan sedia ada. Kaedah pelaksanaan ini adalah
berdasarkan kepada Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan
Kerajaan (Pekeliling Perbendaharaan PB3.1).
3 LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN PERBELANJAAN
3.1 Ketua Jabatan bertanggungjawab mengawal perbelanjaan di jabatan masing-masing.
Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti yang berikut:
3.1.1 Perjawatan
a) Pengurusan perjawatan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira
keutamaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan Kementerian.
Pelaksanaan satu-satu fungsi di Kementerian/ Jabatan juga perlu dilakukan
secara kreatif dan inovatif agar dapat mencapai tahap produktiviti tertinggi
berdasarkan sumber manusia sedia ada;
b) Pewujudan jawatan baharu tidak dibenarkan kecuali melalui kaedah tukar
ganti (trade-off) dan pindah butiran (redeployment) serta tiada implikasi
kewangan tambahan;
c) Pewujudan jawatan baharu bagi jawatan kritikal perlu dilaksanakan dengan
kawalan ketat;
138