Page 28 - APP KKR 2023
P. 28
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
i. Keraian rasmi - Jamuan yang diadakan semasa penganjuran aktiviti/
program rasmi Kementerian/ Jabatan yang menggunakan peruntukan
Kerajaan Persekutuan
ii. Jemputan luar - Wakil Kementerian/Jabatan serta agensi luar yang
dijemput untuk menghadiri sesuatu mesyuarat berkaitan tugas rasmi
kerajaan
iii. Jamuan ringan – minum pagi atau minum petang
iv. Mesyuarat - Sesuatu perbincangan atau seumpamanya yang diadakan
berkaitan urusan rasmi Kerajaan
v. Mesyuarat Pengurusan Tertinggi - Mesyuarat yang dipengerusikan oleh
Ketua Setiausaha/ Ketua Pengarah dan dianggotai oleh Timbalan Ketua
Setiausaha serta Ketua-ketua Agensi/ Timbalan serta Setiausaha/
Pengarah Bahagian
b) Keraian rasmi hanya boleh diadakan bagi penganjuran aktiviti/ program
seperti berikut:
i. Persidangan di peringkat Antarabangsa, Kebangsaan, Kementerian dan
Jabatan;
ii. Majlis Penuh Istiadat/ sambutan keraian yang wajib diraikan di peringkat
Kebangsaan, Kementerian dan Jabatan seperti majlis penganugerahan/
pengiktirafan yang termaktub di dalam pekeliling-pekeliling Kerajaan dan
sambutan program rasmi peringkat kebangsaan dan antarabangsa
berkaitan fungsi Kementerian/ Jabatan;
iii. Lawatan rasmi orang kenamaan atau rombongan dari luar atau dalam
negara yang wajib diraikan berkaitan urusan rasmi Kerajaan; atau
iv. Majlis perasmian/ penutupan sesuatu program rasmi Kementerian/
Jabatan.
c) Keraian rasmi boleh diadakan semasa mesyuarat-mesyuarat berikut:
i. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Menteri dan YB Timbalan
Menteri yang berkaitan dengan urusan rasmi Kerajaan;
ii. Mesyuarat pengurusan tertinggi yang dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Kementerian/ Ketua Pengarah;
iii. Mesyuarat yang melibatkan wakil negara asing; atau
iv. Mesyuarat yang melibatkan jemputan luar. Walau bagaimanapun
mesyuarat yang kurang daripada enam (6) jam hanya boleh disediakan
jamuan ringan.
16.1.6 Penetapan kadar bagi keraian rasmi/ majlis rasmi di KKR adalah seperti berikut:
a) Kadar keraian rasmi sehari maksimum RM123 bagi program/ aktiviti/
mesyuarat melibatkan YB Menteri/ YB Timbalan Menteri dengan pecahan
seperti berikut;
BiL. Jenis Jamuan Kadar Maksimum
i. Minum Pagi RM8 seorang
ii. Jamuan Makan Tengah Hari RM50 seorang
27