Page 24 - APP KKR 2023
P. 24
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
11.10 Pegawai yang diluluskan pembiayaan komputer dan telefon pintar (smartphone)
hendaklah memastikan resit dan invois asal pembelian komputer dan telefon pintar
(smartphone) dikemukakan kepada pihak pelulus (Bahagian Kewangan, KKR) dalam
tempoh tiga puluh (30) hari selepas EFT bagi amaun pembiayaan yang diterima.
Sekiranya pegawai gagal mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dalam tempoh
tiga puluh (30) hari bekerja selepas surat peringatan dikeluarkan, maka pembiayaan
tersebut dianggap terbatal (perenggan 8.2, Pekeliling Perbendaharaan WP 9.1) dan
peminjam dikehendaki untuk membayar semula sekaligus jumlah pinjaman yang
telah diluluskan dan disenarai hitamkan selama lima (5) tahun.
11.11 Baki bayaran balik pembiayaan hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum
pegawai meninggalkan perkhidmatan/ bersara. Tempoh maksimum pembiayaan
hendaklah tidak melebihi tempoh perkhidmatan pegawai.
11.12 Sebuah buku daftar pinjaman/ pembiayaan kenderaan dan pembiayaan komputer dan
telefon pintar (smartphone) mengenai semua pembiayaan yang telah diluluskan
hendaklah diselenggara oleh Ketua Jabatan.
11.13 Ketua Jabatan hendaklah mengemaskini maklumat pinjaman/ pembiayaan kenderaan
dan pembiayaan komputer dan telefon pintar (smartphone) yang lengkap/ diluluskan
dalam Sistem Pinjaman Kenderaan dan Komputer.
11.14 Ketua Jabatan hendaklah melaporkan dengan segera sekiranya berlaku penyelewengan
atau kegagalan mematuhi peraturan-peraturan dalam pekeliling kepada Perbendaharaan
melalui Bahagian Kewangan, KKR.
11.15 Tindakan surcaj dan tatatertib akan diambil terhadap peminjam dan pegawai yang
bertanggungjawab dalam urusan pinjaman berkenaan sekiranya terdapat syarat-syarat
dan peraturan-peraturan di dalam Pekeliling yang ditetapkan tidak dipatuhi.
12 PELANTIKAN PENCERAMAH BUKAN PENJAWAT AWAM/ TRAINING PROVIDER
12.1 Selaras dengan perenggan 16, Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1, Ketua Jabatan
hendaklah mengutamakan kepakaran sedia ada dalam kalangan anggota perkhidmatan
awam/ agensi Kerajaan dan institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan mempunyai kepakaran
khusus untuk memberi syarahan/ ceramah atau mengendalikan kursus/ latihan yang
diperlukan.
12.2 Sekiranya terdapat keperluan untuk melantik penceramah bukan penjawat awam,
permohonan perlu merujuk Surat Pekeliling Dalaman Kewangan Bil. 1 Tahun 2022:
Garis Panduan Penetapan Kadar Dan Perolehan Perkhidmatan Kepakaran Daripada
Kalangan Bukan Pegawai Awam Dalam Program Rasmi Kerajaan Bagi Kementerian Kerja
Raya Dan Jabatan Kerja Raya bertarikh 10 Januari 2022.
12.3 Pelawaan untuk mendapatkan perkhidmatan penceramah atau pengendalian kursus/
latihan hendaklah dinyatakan dengan jelas mengenai skop perkhidmatan, bidang
23