Page 19 - APP KKR 2023
P. 19
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
PERKARA TEMPOH
Kelulusan khas Kementerian Kewangan
i. Tidak kurang daripada tiga puluh lima
i. Peruntukan Program (35) HARI BEKERJA dari tarikh
Khusus Bertugas ke Luar Negara perjalanan
ii. Peruntukan Akaun ii. Tidak kurang daripada empat puluh (40)
Amanah / KumpuIan Wang HARI BEKERJA dari tarikh
Amanah* perjalanan
Tempoh lima (5) HARI BEKERJA daripada
Permohonan yang dikuiri
kuiri diterima
* Permohonan akan diproses sekiranya perbelanjaan bertugas ke luar negara adalah
perbelanjaan yang dibenarkan dalam Surat Ikatan/ Arahan Amanah
9.8 Permohonan yang memerlukan kelulusan khas Kementerian Kewangan yang
menggunakan peruntukan di bawah Program Khusus Bertugas Rasmi ke Luar Negara
adalah seperti berikut:
i. Penyertaan melibatkan lebih daripada dua (2) orang pegawai;
ii. Tugasan selepas pelawaan tender yang berkaitan dengan perolehan kerajaan
(kelulusan Pegawai Pengawal diangkat oleh Bahagian Kewangan seterusnya akan
diangkat bagi kelulusan Kementerian Kewangan);
iii. Kekerapan perjalanan maksimum atas tugas rasmi (tidak termasuk kursus/ latihan)
ke luar negara yang dibenarkan dalam tempoh setahun adalah tiga (3) kali bagi Ketua
Setiausaha/ Ketua Jabatan/ Ketua Agensi dan dua (2) kali bagi pegawai-pegawai
yang lain; dan
iv. Permohonan yang tidak menggunakan waran udara dan tidak menggunakan Syarikat
Penerbangan Nasional/ Negara ke destinasi yang dituju perlu mengemukakan
permohonan ke Bahagian Kewangan.
9.9 Permohonan perjalanan bertugas rasmi ke luar negara yang menggunakan peruntukan
sendiri, tajaan oleh penganjur/ badan-badan bukan Kerajaan atau persatuan dan
bukan syarikat swasta masih memerlukan kelulusan khas Kementerian Kewangan
walaupun telah mendapat kelulusan Pegawai Pengawal.
9.10 Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan permohonan yang dikemukakan mematuhi
semua peraturan yang ditetapkan.
9.11 BPSM berhak menolak permohonan perjalanan bertugas rasmi ke luar negara sekiranya:
i. Permohonan lewat diterima dari tempoh yang ditetapkan;
ii. Permohonan tidak disertakan dokumen lengkap;
iii. Peruntukan Bahagian/ Jabatan tidak mencukupi; dan
iv. Perjalanan telah dilakukan terlebih dahulu.
18