Page 15 - APP KKR 2023
P. 15
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
iii. MOIC akan menyediakan anggaran bajet tahunan Kementerian bagi Program
dan Aktiviti, memantau kemajuan pelaksanaan dan melaporkan prestasi suku
tahun dan tahunan kepada CPMC (Central Performance Management
Committee);
iv. MOIC akan merekod dan memperakukan keputusan rancangan dan bajet
Kementerian dalam minit mesyuarat;
v. MOIC hendaklah menubuhkan jawatankuasa bagi setiap Program dan Aktiviti
untuk menguruskan perancangan outcome, penyediaan bajet, pemantauan dan
penilaian, dan proses pelaporan keberhasilan;
vi. MOIC bertanggungjawab ke atas penginstitusian dan kemapanan pembinaan
kapasiti dan inisiatif komunikasi OBB dalam Kementerian;
vii. MOIC akan memberi maklum balas terhadap cabaran dan isu ke atas
pelaksanaan OBB kepada Jawatankuasa Pemandu OBB Nasional (NOSC);
dan
viii. MOIC hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali bagi setiap suku
tahun.
6.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN PRESTASI PROGRAM (PROGRAMME
PERFORMANCE MANAGEMENT COMMITTEE – PPMC)
6.3.1 Penyelaras setiap program bertanggungjawab menyelaras PPMC seperti berikut:
i. PPMC akan merancang hala tuju dan melaksanakan program OBB bagi
mencapai outcome Program yang dihasratkan termasuk menyemak analisis
pelanggan/ pemegang taruh (stakeholder) yang dibuat pada tahun sebelumnya
mengikut konteks persekitaran sosioekonomi semasa, di samping mengambil
kira trend dan prestasi tahun-tahun sebelumnya;
ii. PPMC akan menganalisis, menyemak dan menggabungkan cadangan bajet
bagi Aktiviti di bawah program OBB sebelum dikemukakan kepada MOIC;
iii. PPMC akan memantau dan menilai program OBB berdasarkan Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) dan sasaran prestasi serta melaporkan hasilnya kepada
MOIC secara suku tahunan;
iv. PPMC akan mengambil tindakan pembetulan setelah disahkan dan diluluskan
oleh MOIC termasuk melaporkan analisis varian dan laporan hasil daripada
tindakan pembetulan yang dilaksanakan; dan
v. PPMC hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap suku
tahun bagi tujuan penilaian dan pelaporan keberhasilan peringkat
Program.
14