Page 16 - APP KKR 2023
P. 16
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
6.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN PRESTASI AKTIVITI (ACTIVITY PERFORMANCE
MANAGEMENT COMMITTEE – APMC)
6.4.1 Ketua-ketua Aktiviti bertanggungjawab menyelaras APMC dengan peranan
seperti berikut:
i. APMC akan membangunkan pelan tindakan melaksanakan aktiviti bagi
mencapai sasaran outcome berdasarkan hala tuju yang ditetapkan oleh
PPMC dan MOIC;
ii. APMC akan menyediakan bajet Aktiviti untuk dikemukakan kepada PPMC;
iii. APMC akan memantau dan menilai Aktiviti berdasarkan KPI dan sasaran
prestasi dan melaporkan prestasi bulanan atau suku tahunan. APMC akan
mengambil tindakan pembetulan setelah disahkan dan diluluskan oleh MOIC
termasuk melaporkan analisis varian dan laporan hasil daripada tindakan
pembetulan yang dilaksanakan; dan
iv. APMC hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap suku tahun
bagi tujuan penilaian dan pelaporan keberhasilan peringkat aktiviti.
7 PENGURUSAN PRESTASI BELANJA MENGURUS
7.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA)
7.1.1 Ketua Jabatan hendaklah memastikan pembentangan laporan kewangan dibuat
kepada JPKA masing-masing mengikut ketetapan dan peraturan di bawah
Pekeliling Perbendaharaan PS 5.1: Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa
Pengurusan Kewangan Dan Akaun dan PB 3.1: Garis Panduan Langkah-
Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan. Mesyuarat JPKA di
peringkat Bahagian/ Jabatan/ PTJ hendaklah dibuat lebih awal daripada tarikh
mesyuarat JPKA di peringkat Kementerian mengikut ketetapan seperti berikut:
Bilangan Tempoh Suku Tarikh Mesyuarat Tarikh Akhir
Mesyuarat Tahun Penghantaran Minit
Mesyuarat ke
Bahagian
Kewangan
Pertama Oktober – Disember 19 Januari 2023 11 Januari 2023
(Tahun sebelumnya)
Kedua Januari – Mac 18 April 2023 12 April 20223
(Tahun semasa)
Ketiga April – Jun 25 Julai 2023 18 Julai 2023
(Tahun semasa)
Keempat Julai – September 24 Oktober 2023 18 Oktober 2023
(Tahun semasa)
15