Page 10 - APP KKR 2023
P. 10
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
3 AGIHAN WARAN PERUNTUKAN
3.1 Bahagian Kewangan telah mengagihkan waran peruntukan kecil kepada Bahagian/
Jabatan selewat-lewatnya pada 6 Januari 2023 (Jumaat).
3.2 Ketua Jabatan hendaklah memastikan tindakan Akuan Terima bagi waran peruntukan
melalui iGFMAS. Sekiranya waran ini perlu diagihkan, Waran Peruntukan Kecil (WPK)
hendaklah dikeluarkan dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja daripada tarikh waran pertama
diterima.
3.3 Penyelaras peruntukan B.27 keseluruhan kementerian ialah Bahagian Kewangan yang
akan menyelaras semula agihan peruntukan mengikut keperluan.
4 PENYELARASAN SEMULA PERUNTUKAN
4.1 PINDAH/ TAMBAH PERUNTUKAN/ PELEPASAN BAKI
4.1.1 Permohonan pindah/ tambah peruntukan/ pelepasan baki (jika ada) hendaklah
dikemukakan kepada Bahagian Kewangan dari semasa ke semasa selewat-
lewatnya pada 22 September 2023 (Jumaat).
4.1.2 Permohonan pindah/ tambah peruntukan/ pelepasan baki akan dipertimbangkan
berdasarkan prestasi perbelanjaan semasa PTJ dan/ atau justifikasi kukuh.
Permohonan mesti disertakan dengan:
i. Pengesahan baki peruntukan di PTJ (laporan iGFMAS);
ii. Justifikasi yang lengkap; dan
iii. Ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Timbalan yang bertanggungjawab dalam
Pengurusan Kewangan sahaja.
4.1.3 Kesemua permohonan pindah/ tambah peruntukan daripada Aktiviti/ PTJ perlu
mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal/ Kementerian Kewangan melalui
Bahagian Kewangan KKR seperti butiran berikut:
Bil Pindah/ Tambah Pindah/ Tambah Kuasa Melulus
Peruntukan Peruntukan
Daripada Kepada
1. Objek Am Objek Am lain Pegawai Pengawal
(Dalam Aktiviti yang sama)
2. Aktiviti Aktiviti lain
Pegawai Pengawal
(Dalam Program yang sama)
3. Program Program lain Pegawai Pengawal
4. Aktiviti OA30000: Aset
9