Page 5 - APP KKR 2023
P. 5
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
Semua Ketua Jabatan/ Bahagian
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
TAHUN 2023 (APP KKR 2023)
Saya selaku Pengawai Pengawal Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan ini
menggariskan panduan dan tatacara pengurusan kewangan, pembangunan,
perakaunan, perolehan, perakaunan aset, sumber manusia dan pengauditan melalui
penghasilan Arahan Pegawai Pengawal Kementerian Kerja Raya Tahun 2023 (APP KKR
2023). Dokumen ini juga disediakan bagi membantu semua Ketua Jabatan/ Bahagian
dan warga KKR untuk melaksanakan program, aktiviti dan projek KKR dengan lebih
cekap, berkesan dan berintegriti.
Semua Ketua Jabatan hendaklah memastikan mana-mana perkara yang memerlukan
kelulusan Pegawai Pengawal hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum tindakan
selanjutnya diambil.
Ketua Jabatan/ Bahagian juga diingatkan untuk mematuhi peraturan/ prosedur/ tatacara
kewangan yang sedang berkuat kuasa selaras dengan APP KKR 2023 yang telah
dikeluarkan dalam memenuhi visi KKR sebagai peneraju pembangunan infrastruktur dan
industri pembinaan negara.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah,
(DATO’ WIRA WAN AHMAD UZIR BIN HAJI WAN SULAIMAN)
Ketua Setiausaha
Kementerian Kerja Raya
Malaysia
Tarikh :
4