Page 6 - APP KKR 2023
P. 6
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
TUJUAN ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
Arahan Pegawai Pengawal Kementerian Kerja Raya Tahun 2023 (APP KKR 2023)
merupakan panduan bersifat kawalan dalaman berdasarkan peraturan-peraturan
berkaitan pengurusan kewangan merangkumi aspek perbelanjaan, perakaunan,
perolehan, perakaunan aset, sumber manusia dan pengauditan yang sedang
berkuatkuasa. Ia juga berfungsi sebagai dokumen rujukan kepada semua pihak yang
terlibat dalam melaksanakan tadbir urus peruntukan Kementerian Kerja Raya.
Semua Ketua Jabatan/ Bahagian dikehendaki merujuk dan mematuhi peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan bagi membendung berlakunya penyelewengan dan
salah tadbir dalam pengurusan kewangan Kerajaan. Pada masa yang sama, Ketua
Jabatan/ Bahagian juga hendaklah memastikan peruntukan dibelanjakan mengikut
perancangan dan keutamaan yang mana keberkesanan dan outcome pelaksanaan perlu
dinilai di peringkat aktiviti dan program.
5