Page 35 - APP KKR 2023
P. 35
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
20.7 Permohonan untuk bayaran secara ansuran yang telah diluluskan akan diproses oleh
Bahagian Akaun dengan mewujudkan Akaun Pendahuluan Diri atas nama pegawai di
dalam sistem iGFMAS.
20.8 Bahagian Akaun akan membuat pelarasan penyelesaian emolumen berdasarkan dua (2)
situasi berikut:
i. Sekiranya lebihan bayaran melibatkan vot semasa, Bahagian Akaun akan membuat
pelarasan dengan mendebitkan Akaun Pendahuluan Diri dan mengkreditkan vot/
Akaun Penyelesaian L1312947 (sekiranya berlainan Pejabat Perakaunan).
ii. Sekiranya lebihan bayaran melibatkan vot tahun-tahun lalu, Bahagian Akaun akan
membuat pelarasan dengan mendebitkan Akaun Pendahuluan Diri dan mengkreditkan
Akaun Hasil.
20.9 Walau bagaimanapun, sekiranya pegawai berada di bawah Pejabat Perakaunan selain
Kementerian Kerja Raya, pelarasan penyelesaian emolumen akan dikreditkan kod Akaun
Penyelesaian L1312947 dan PTJ perlu menyediakan Baucar Jurnal untuk mengosongkan
L1312947 dengan mendebitkan kod akaun tersebut serta mengkreditkan vot/ hasil.
20.10 Bayaran balik pendahuluan emolumen terlebih bayar ini akan dibuat melalui potongan gaji
sehingga selesai dan akan dikemaskini secara automatik di dalam sistem emolumen
berkomputer.
20.11 PTJ bertanggungjawab untuk memastikan potongan gaji dimulakan pada dua (2) bulan
berikutnya berdasarkan surat makluman daripada Bahagian Akaun dan berterusan
sehingga baki pendahuluan diselesaikan.
20.12 PTJ bertanggungjawab menyemak dan memastikan bayaran balik Pendahuluan Diri
melalui potongan gaji berjaya dilaksanakan. Sekiranya tidak berjaya, PTJ
bertanggungjawab mengutip bayaran ansuran tertunggak daripada pegawai sebelum
potongan gaji bulan berikutnya.
20.13 Sekiranya pegawai membayar secara tunai setelah Pendahuluan Diri dibuat, pembayaran
tersebut hendaklah diproses mengikut tatacara terimaan yang berkuatkuasa.
20.14 Kesemua pendahuluan hendaklah diselesaikan sebelum penjawat awam bersara/ letak
jawatan. Bagi kes meninggal dunia/ bersara, sekiranya pegawai masih mempunyai
pendahuluan yang berbaki, ianya hendaklah diselesaikan dengan potongan daripada
ganjaran/ pencen pegawai.
20.15 Sekiranya pegawai bertukar Kementerian/ Jabatan, potongan gaji akan diteruskan di
Kementerian/ Jabatan baharu. Semakan dan pemantauan perlu dibuat oleh Kementerian/
Jabatan baharu sehingga baki pendahuluan diselesaikan.
20.16 PTJ adalah bertanggungjawab untuk menyediakan Daftar Lebihan Bayaran Emolumen.
Rujuk Lampiran E: Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Pendahuluan Surat
Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 7 Tahun 2018.
34