Page 39 - APP KKR 2023
P. 39
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
2 AGIHAN WARAN PERUNTUKAN
2.1 AGIHAN WARAN PERUNTUKAN
2.1.1 Bahagian Pembangunan dan Penswastaan (BPP) telah mengagihkan peruntukan
seawal-awalnya pada 3 Januari 2023 berdasarkan permohonan tertakluk kepada
peruntukan yang telah diluluskan.
2.1.2 Peruntukan yang diluluskan ini adalah jumlah peruntukan sementara untuk
jangkaan tempoh selama 6 bulan dan bukanlah jumlah peruntukan muktamad
untuk tahun 2023.
2.1.3 Ketua Jabatan hendaklah memastikan waran peruntukan yang diterima direkod
dan selenggara dalam iGFMAS/ manual. Sekiranya waran perlu diagihkan, Waran
Peruntukan Kecil (WPK) hendaklah dibuat dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari
tarikh waran diterima.
2.2 AGIHAN GERAN PERUNTUKAN KEPADA BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
(AGENSI DI BAWAH KKR)
2.2.1 Bahagian Pembangunan dan Penswastaan akan menyalurkan geran peruntukan
kepada Badan Berkanun Persekutuan (BBP) secara suku tahun atau empat (4) kali
setahun berdasarkan kepada surat Kementerian Kewangan bil. KK/BKP(S)10/718
JId.4 s.k 2/2009 bertarikh 22 Oktober 2013 (sekiranya ada).
3 PELAKSANAAN PROJEK BAHARU
3.1 Permohonan peruntukan bagi Projek Baharu oleh Ketua Jabatan hendaklah disertakan
dengan Unjuran Aliran Tunai projek dan dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan
dan Penswastaan (BPP) sejurus selepas kelulusan Preliminary Detailed Abstract (PDA)
diperoleh. Agihan waran kepada Ketua Jabatan bagi Projek Baharu akan dibuat dalam
tempoh lima (5) hari selepas permohonan diterima.
3.2 Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua waran peruntukan yang diterima dikunci
masuk ke dalam iGFMAS. Sekiranya waran ini perlu diagihkan ke JKR/ Agensi berkaitan,
Waran Peruntukan Kecil (WPK), hendaklah dibuat dalam tempoh lima (5) hari bekerja
daripada tarikh waran diterima.
4 PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN
4.1 PENTADBIRAN KONTRAK
4.1.1 Semua projek pembangunan hendaklah diuruskan dengan cekap, sempurna dan
teratur berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa dan syarat yang telah
38