Page 4 - emajalah updated
P. 4

A S A L   U S U L



             E T N I K



             B I S A Y A



    Bisaya adalah kaum pribumi yang
    berasal dari barat laut dan sepanjang

    pantai Borneo Malaysia dan
    tertumpu di sekitar daerah Beaufort,

    Sungai Padas, Sungai Kilas, Pulau

    Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan
    Labuan  dan Sungai Limbang di timur

    Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali
    sebagai Melayu atau Islam oleh suku

    kaum Lun Bawang/Lun Dayeh ,Dusun
    dan Murut.Bisaya dikatakan di

    antara yang pertama menerima Islam

    pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya
    yang pertama adalah Awang Alak

    Betatar ataupun Sultan Mohammad
    Shah.Peringkat awal kemasukan

    kaum Bisaya ke dalam Islam adalah
    melalui hubungan dagang dengan

    pedagang dari tanah Arab. Jika

    dilihat daripada segi kehidupan
    sosial, sedikit sebanyak pengaruh

    Arab memainkan peranan dalam

    urusan mereka sehari-harian. Bangsa
    Bisaya memiliki minat dalam bidang

    pertanian dan ia juga merupakan
    sumber utama pendapatan mereka.

    Suku kaum ini walaupun dikatakan
    berkait dengan suku Bisaya di

    Filipina namun suku kaum Bisaya ini

    hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah
    dan Sarawak ,Malaysia sahaja.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9