Page 5 - emajalah updated
P. 5
SEJARAH
BANGSA
BISAYA
Mengikut legenda, nenek
moyang Bisaya berasal dari
satu keluarga berhijrah dan
menetap di utara Pulau
Borneo. Keluarga ini
mempunyai 7 orang anak di
mana 6 darinya lelaki iaitu
Peti Berambai atau Pati
Berabai, Si Garamba, Peti
Garamba, Peti Runa atau Pati
Bagunak, Semaun atau Si
Maun dan Alak Betatar atau
Urak Betatar atau Lok Batata
atau Awang Alah Bertabar;
dan seorang perempuan (Siti
Duyah atau Duri atau Bunga
Sunting).
Satu pertandingan lumba
perahu diadakan untuk
menentukan siapakah yang
layak menjadi Raja Barunai.
Perlumbaan ini dimenangi
oleh Alak Betatar yang paling
bongsu. Dia kemudiannya
dilantik menjadi Raja Brunei
yang pertama, dan
kemudiannya memeluk
agama islam dengan
menggunakan nama Sultan
Mohammad Shah, Sultan
Brunei yang pertama.