Page 13 - PowerPoint Presentation
P. 13

4A.CO (11)


                  MALAYSIA MENGUBAH MASA



          Tun      Mahathir,          ketika       menerajui
          kepimpinan             kerajaan           Malaysia,
          banyak             melakukan           perubahan

          yang menongkah arus perdana.
          Salah satu perubahan kontroversi

          yang beliau pernah lakukan adalah
          mempercepatkan masa.



          Pada 31 Disember 1981, jam 11:30
          malam,          jutaan        rakyat       Malaysia

          menyaksikan              jam        di      menara
          Bangunan            Sultan       Abdul        Samad
          dipercepatkan 30 minit menjadi jam

          12 tengah malam. Semua jam di
          semenanjung Malaysia juga diarah

          berbuat demikian.


          Kenapa di semenanjung sahaja?

          Sebelum tarikh keramat itu, zon masa di Malaysia Barat (MB) dan
          Malaysia Timur (MT) tidak selaras. MB guna GMT+7.30, manakala MT
          guna GMT+8. Bagi memudahkan urusan rasmi dan pentadiran ekonomi
          negara, Tun Mahathir mahu waktu di seluruh Malaysia diselaraskan.



          Beliau telah memilih GMT +8 untuk dijadikan Waktu Piawai Malaysia
          (WPM). Memandangkan MT memang dah guna GMT +8, hanya jam di
          MB sahaja terlibat ketika penyelarasan waktu tersebut.



          Namun begitu, ramai yang mempertikaikan pemilihan GMT +8 sebagai
          WPM. Bukankah pusat ekonomi Malaysia pada ketika itu adalah di Kuala
          Lumpur? Mengapa tidak diselaraskan kepada GMT +7.30?



          Pilihan Tun Mahathir itu mengambil kira pengaruh ekonomi yang lebih
          meluas. Kuasa ekonomi besar di rantau ASEAN seperti Hong Kong, China
          dan Taiwan menggunakan zon masa GMT +8, jadi berada pada zon

          masa yang sama dengan kuasa-kuasa ini dikira akan menjadikan
          Malaysia lebih berdaya saing.


          Anjakan 30 minit kehadapan ni telah menjadikan waktu MB sedikit pelik

          berbanding waktu di bandar-bandar lain yang terletak berhampiran
          garis khatulistiwa.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16