Page 8 - PowerPoint Presentation
P. 8
4A.CO (6)
KESAN
TIDAK BIJAK
MENGHARGAI MASA
Mengenai soal masa ini tidak asing lagi bagi seorang individu. Terutama individu yang merupakan
seorang pelajar. Samada pelajar di peringkat Diploma, di peringkat Ijazah Sarjana Muda mahupun
dalam peringkat Sarjana. Masa amatlah berkait rapat dengan golongan tersebut. Bagi golongan
yang memahami serta mengetahui kepentingan masa itu sediri maka ia adalah seorang individu
yang tersusun serta terancang dengan segala aktiviti yang ingin dilakukan dalam kehidupannya.
Malah ada juga golongan yang menjadikan masa itu sebagai suatu yang tidak penting serta
menyiakan masa yang telah diberi itu kearah perkara yang sia-sia.
Hal ini dapat menunjukkan pengurusan masa yang tidak efisyen boleh mencetuskan perasaan
stres dalam diri seseorang itu. Secara tidak langsung ia amat mempengaruhi pencapaian
seseorang pelajar terutama dalam bidang akademik. Mungkin mereka ini kekurangan masa
bagi melaksanakan kesemua tugasan yang diberikan kepada mereka. pengurusan masa dan
stres di dua buah institusi pengajian tinggi awam amatlah sederhana.
Kegagalan pelajar bagi menamatkan pengajian pada tempoh yang ditetapkan mempunyai
kaitan dengan pengurusan masa. Hal ini kerana isu tentang masa ini adalah penting. Dengan
adanya jadual yang tersusun, mereka dapat melakukan suatu tugasan dengan lebih tersusun.
Hal ini apabila dikaitkan antara masa dan pelajar maka tidak lain dan tidak bukan lagi ia
berkait rapat dengan segala arahan serta tugasan dan juga segala kertas-kertas kerja. Yang
mana ia yang perlu dilakukan serta di hantar sebelum pada masa akhirnya.
Salah satu faktor yang mendorong kepada stres dan kebimbangan dalam diri setiap pelajar
adalah berpunca dengan cara pengurusan masa yang lemah dalam perkara yang
dilakukannya itu. Hal ini apabila seseorang pelajar itu lemah dari segi pengurusan masa maka
segala kerja dan tugasannya adalah bertangguh dan dalam masa yang sama mereka sedang
memikirkan banyak perkara pada satu masa yang sama.
Ini adalah kerana kebanyakan punca-punca stres adalah berkaitan dengan masa.
Kebiasaannya stres sering wujud apabila pelajar tidak dapat melakukan tugasan yang
diberikan mengikut tarikh akhir yang ditetapkan. Ini kerana, pengurusan masa merupakan salah
satu faktor yang dapat merendahkan risiko pelajar mengalami stres. Dengan adanya
pengurusan masa yang tersusun serta terancang maka semua perkara dengan lebih
terancang.
Sayangnya bagi mereka yang menganggap masa itu adalah suatu putaran jam sahaja tanpa
merasa kerugian dengan membuang masa dalam melakukan perkara yang sia-sia. Hal ini jika
mempunyai masa yang terancang, maka dapat mengurangkan sedikit tekanan stres buat diri
pelajar itu sendiri. Bak kata pepatah melayu, “masa itu emas” masa itu diibaratkan seperti
emas, yang mana perlu dihargai serta dijaga dengan sebaiknya. Hal ini kera masa tidak akan
berulang kembali setelah ia berlalu.