Page 4 - PowerPoint Presentation
P. 4

Perbahasan Masa                                                 Firman Allah s.w.t



           dalam Al-Quran                                                      Surah Al-asr



                                                                                    Ayat 1 - 3



                     Demi masa… Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!




   Al Quran adalah sumber panduan yang utama bagi seluruh umat Islam yang

   membimbing manusia dalam kehidupan manusia yang mana ia lengkap serta

   menyeluruh. Setiap surah dalam al-Quran mempunyai hikmah dan fadilat masing-


   masing. Kali ini kita menyelusuri rahsia Surah al-Asr. Allah s.w.t telah berfirman dalam

   surah Al-asr dari awal ayat sehingga ayat yang terakhir yang bermaksud :





                                                                             Demi Masa {1}


                                                       Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian {2}


                                                           Kecuali orang -orang yang beriman dan
                                                         beramal soleh dan mereka yang berpesan-

                                                         pesan dengan kebenaran serta berpesan-
                                                                   pesan dengan kesabaran {3}





      Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang
                              bermaksud:


       “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima
   perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum
  datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum
   tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa
         tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati.”


               (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)



                                         Hadis ini merupakan satu peringatan yang terbaik bagi
                                         setiap umat islam agar sentiasa berwaspada dengan

                                         waktu dalam kehidupan yang mempunyai pelbagai
                                         cabarannya. Bagi mereka yang terpesona dengan tipu
                                         daya dunia pasti akan alpa dan leka dengan putaran
                                         kehidupan lalu menyia-nyiakan “anugerah” masa yang
  4A.CO (2)                              hanya ada 24 jam sahaja dalam sehari.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9