Page 12 - E-FOLIO NILAI MASYRAKAT KUMPULAN 3_Spread
P. 12
Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan
• Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki dan
meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan
akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan
falsafah pendidikan negara.
• Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi gambaran
menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti
dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti,
logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.
• Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria keseluruhan mengukur
perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada
setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri.
• Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk memasuki universiti. Ketika
ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila
kita berubah kepada sekolah bestari nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan
kemampuan pelajar mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.