Page 13 - E-FOLIO NILAI MASYRAKAT KUMPULAN 3_Spread
P. 13
KETERSEDIAAN PENDIDIK MENGHADAPI REFORMASI PENDIDIKAN
• Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan yang betul dalam pegangan
hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang berfaedah. Mereka bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal
dan menghayati nilai kebenaran, keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai
dengan potensinya sebagai khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia
paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan
lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencipta atau mencari,
daripada ketaatan kepada komitmen , daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan
kretif, daripada reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.
• Sebelum perlaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem pendidikan negara, apakah semua yang akan
terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya telah tersedia? Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu
memastikan semua dalam keadaan bersedia bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik.
• Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari, Pendidikan Bertaraf Dunia, Guru
Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan bertaraf dunia. Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah
bersedia untuk mengikut arus reformasi yang akan mendatang dalam era pasca Teknologi Maklumat masa kini ?
Ada baiknya fenomena ini dibetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan reformasi pendidikan secara total.
Janganlah anjakan paradigma itu dibuat berkelompok-kelompok, biar ia menyeluruh kepada semua golongan
pendidik. Kerana mereka inilah yang akan membina asas-asas yang mantap dan teguh.