Page 31 - Annual Report UKM 2019
P. 31
029
Tahun 2018 menyaksikan UKM terus bergerak dengan Berdasarkan penarafan QS World University Ranking
progresif dalam pelbagai bidang utama sebagai sebuah universiti. Jumlah enrolmen pelajar adalah seramai 36,227 yang terdiri daripada semua tahap pengajian di UKM. Usaha proaktif telah dilakukan bagi meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa melalui promosi dalam dan luar negara, kadar yuran yang lebih kompetitif dan meningkatkan pelbagai kemudahan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran lebih kondusif. Usaha-usaha yang dilakukan ini telah berjaya menarik pelajar antarabangsa dari 58 buah negara. UKM berbangga sehingga kini telah berjaya menghasilkan seramai 197,201 graduan yang kini berkhidmat dalam pelbagai sektor pekerjaan di dalam dan luar negara.
Dalam meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing pelajar dalam pasaran pekerjaan, UKM menerusi UKM- Karier telah menganjurkan pelbagai program kerjaya untuk pelajar dan bakal graduan. Hasil dari inisiatif yang dilaksanakan, sebanyak 76% graduan UKM berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas bergraduat berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan UKM tahun 2018.
Selaras dengan usaha pengantarabangsaan, UKM menggalakkan pelajar menjalani program mobiliti berkredit dan tanpa kredit. Seramai 1,606 pelajar telah menjalani program mobiliti ke-29 buah negara antaranya United Kingdom, Jerman, Netherland, Itali, Jordan, Korea, Jepun, Indonesia, China dan Turki.
(WUR), UKM telah melonjak sebanyak 46 tangga daripada kedudukan ke-230 pada tahun 2017 ke tangga 184. Bagi QS WUR Top 50 under 50, UKM berada pada kedudukan ke-12 dunia bagi universiti berumur bawah 50 tahun. Kedudukan ini meningkat 4 tangga berbanding kedudukan ke-16 pada tahun sebelumnya dan ini meletakkan UKM sebagai universiti pertama di Malaysia yang berada di kedudukan tersebut. Dalam QS Asia University Rankings, UKM di kedudukan ke-41 melonjak 2 anak tangga berbanding kedudukan ke-43 pada tahun lalu.
Sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan di Malaysia, UKM meneruskan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi yang juga menjadi salah satu bidang keberhasilan strategik universiti. Agenda penyelidikan dan inovasi di UKM digerakkan berasaskan geran-geran penyelidikan yang diterima daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan industri dari dalam dan luar negara. Fokus penyelidikan dan inovasi menumpukan kepada tujuh Cabaran Perdana UKM dan usaha ini disokong dengan adanya infrastruktur dan kemudahan penyelidikan yang terkini.
Bagi menyemarakkan aktiviti penyelidikan, UKM menerusi 13 Institut Penyelidikan memberi tumpuan kepada penyelidikan dalam bidang terpilih. Dua daripada institut ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) dan Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik (IMEN).
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA