Page 32 - Annual Report UKM 2019
P. 32

 030
LAPORAN NAIB CANSELOR
“Pengurusan perlindungan harta intelek merupakan elemen penting dalam proses pemindahan teknologi bagi membangunkan produk penyelidikan untuk manfaat ekonomi dan masyarakat.
     Penyelidikan UKM turut diperkasakan melalui penganjuran persidangan antarabangsa berskala besar dengan menghimpunkan pelbagai persidangan dari pelbagai bidang penyelidikan di bawah satu payung iaitu UKM- IIC2018. UKM-IIC2018 telah menjadi salah satu ikon utama UKM dalam usaha menjadi persada bagi menggalakkan perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang penyelidikan yang merentasi sempadan yang melibatkan penyertaan seramai 1500 peserta tempatan dan antarabangsa.
Pengurusan perlindungan harta intelek merupakan elemen penting dalam proses pemindahan teknologi bagi membangunkan produk penyelidikan untuk manfaat ekonomi dan masyarakat. Melalui Pusat Inovasi Kolaboratif, UKM menyediakan platfom bagi pengurusan pendedahan rekacipta, due diligence, audit dan perdaftaran harta intelek dan pengurusan portfolio harta intelek secara strategik, pembangunan perniagaan berasaskan teknologi, pengurusan pemindahan teknologi dan pengurusan pembangunan program kapasiti.
Sebanyak 1691 harta intelek UKM telah dilindungi dengan pecahan terbanyak ialah hakcipta, paten dan cap dagangan. Pemfailan harta intelek bagi 2018 sebanyak 207 iaitu jenis perlindungan tertinggi adalah hak cipta iaitu sebanyak 154 diikuti perlindungan jenis paten sebanyak 42. Pada tahun 2018, terdapat 78 produk berjaya dilesenkan dan 71 produk berjaya dikomersialkan, dengan jumlah pendapatan terkumpul dari pelesenan teknologi, pengkomersialan produk adalah sebanyak RM6.037 juta.
Fokus penerbitan pula adalah kepada jurnal terindeks yang merupakan salah satu kriteria penting dalam penarafan Malaysia Research Assessment (MyRA). Penulisan hasil penyelidikan melalui jurnal terindeks pada 2018 telah meningkat kepada 3017 berbanding 2846 tahun 2017. Selain daripada itu, melalui Penerbit UKM, kita telah berjaya menerbitkan sejumlah 184 judul buku penyelidikan pada 2018.
    LAPORAN TAHUNAN 2018
“


























































































   30   31   32   33   34