Page 34 - Annual Report UKM 2019
P. 34

 032
LAPORAN NAIB CANSELOR
Pengurusan sumber manusia juga berperanan sama
pentingnya dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi. UKM sebagai sebuah institusi cemerlang dengan jumlah staf seramai 9,479 orang yang merangkumi staf akademik, pengurusan dan profesional serta pelaksana, telah menggembleng sumber manusia ini secara optimum bagi menyediakan perkhidmatan sistematik dan telus melalui tadbir urus terbaik demi memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa relevan. Setiap staf diberi ruang serta peluang untuk mencetuskan idea bagi meningkatkan kecemerlangan UKM dan melatih setiap warganya untuk lebih proaktif, efisien termasuklah mempunyai ciri keusahawanan bagi mencapai institusi cemerlang, berinovasi dan produktif.
Sepanjang 2018, kesarjanaan UKM telah diiktiraf serta menjadi sumber rujukan pelbagai pihak, dalam dan luar negara dengan merentasi pelbagai disiplin serta kepakaran. Ini dibuktikan oleh 49 akademia UKM yang telah dianugerahkan pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Budaya kerja unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti sesebuah organisasi. Oleh itu, UKM secara berterusan telah mendapat pengiktirafan bagi peningkatan kerja berkualiti dan produktiviti organisasi melalui pengekalan status Swaakreditasi oleh MQA dan pensijilan melalui SIRIM
“
peningkatan kecekapan
  pengurusan dan pengoptimuman aset dan sumber sedia ada kekal sebagai budaya
kerja di UKM.
    QAS Sdn. Bhd. iaitu MS ISO 2001:2015 dan ISO/IEC 27001:2013. Di samping pembudayaan amalan kualiti secara berterusan, UKM mengambil beberapa inisiatif memupuk budaya inovasi melalui penglibatan staf dalam pelbagai program antaranya aktiviti Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK), Kumpulan Lean, dan Projek GerakNovasi.
Sebanyak empat Kumpulan KIK UKM telah menyertai Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam Kali Ke-14 dan pencapaian tertinggi UKM adalah melalui Kumpulan Benuacipta dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), yang telah muncul sebagai Naib Johan dalam Kategori Teknikal. Manakala di peringkat antarabangsa pula Kumpulan SINARAN daripada Jabatan Perkhidmatan Radiologi, HCTM, telah memenangi Gold Award dalam pertandingan International Convention on Control Quality Circle 2018.
UKM secara progresif telah menggembleng segala sumber dan aset yang ada di universiti bagi menjana kewangan secara strategik dan lestari. Selain penjanaan, amalan pengurusan kewangan yang baik antaranya melalui perbelanjaan berhemah, peningkatan kecekapan pengurusan dan pengoptimuman aset dan sumber sedia ada kekal sebagai budaya kerja di UKM.
    LAPORAN TAHUNAN 2018
“




















































































   32   33   34   35   36