Page 33 - Annual Report UKM 2019
P. 33
Perkongsian pintar dan keterlibatan strategik UKM yang Dalam usaha meningkatkan UKM dan Malaysia sebagai
031
menekankan jalinan antara pihak universiti, kerajaan, industri dan komuniti merupakan elemen penting yang berupaya menyumbang kepada kecemerlangan dan keunggulan universiti. Selaras dengan agenda ini, UKM menganggotai Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) dan Bangi Industry Administrative Association (BIAA). Antara aktiviti pembangunan komuniti yang menyerlah, UKM telah membangunkan Pusat Pendidikan Komuniti UKM – CIMB Islamic Pos Gob, Gua Musang, Kelantan; Pusat Komuniti Bestari Samsung, RPS Legap di Sungai Siput, Perak; melaksanakan program 360˚ Kampung Angkat UKM; Sekolah@UKM; UKM4Bangi dan Maxis eKelas.
Di peringkat serantau, UKM telah menjalankan program Kembara UKM-Pondok Bantan, di Nakhon Si Thammarat, Thailand dengan delegasi seramai lebih 100 orang yang terdiri daripada staf , ahli akademik dan pelajar UKM bagi meneroka kerjasama merentas penyelidikan, pendidikan dan khidmat antara kedua-dua pihak dalam mengenali masyarakat Melayu Muslim Selatan Thai secara lebih dekat.
Bagi mencapai keunggulan global, UKM memperkukuh jaringan dengan pelbagai badan kerajaan, institusi penyelidikan serta jaringan antarabangsa. Di rantau Asia, UKM menyertai lima jaringan yang bertujuan untuk merangkai jaringan penyelidikan, mendukung mobiliti staf dan pelajar serta perkongsian teknologi dan kepintaran dalam kalangan ahlinya. Jaringan tersebut adalah University Mobility in Asia and the Pacific (UMAP), ASEAN University Network (AUN), ASEA-Europe University Network (ASEA- UNINET), The Association of Universities of Asia and the Pacific (AUAP) dan The Association of Southeast Asia Institutions of Higher Learning (ASAIHL). Melalui ASEAN University Network (AUN), UKM telah diberi kepercayaan untuk menerajui dua jaringan bertema iaitu AUN University Social Responsibility dan Sustainability (AUN USR&S) dan AUN - ASEAN Economic Community (AUN – AEC).
Jaringan global UKM telah dimantapkan menerusi memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) bersama universiti dan agensi luar negara di mana UKM telah menandatangani sebanyak 174 perjanjian kerjasama di pelbagai peringkat dengan rakan strategik pada 2018. Sehingga kini, jumlah keseluruhan perjanjian kerjasama yang masih aktif di UKM adalah sebanyak 851.
hub kecemerlangan pendidikan tinggi antarabangsa, program-program antarabangsa seperti program mobiliti inbound dan outbound, ASEAN Youth Volunteer Programme (AYVP), serta CIMB Young ASEAN Leader (CYAL) telah diadakan pada 2018. Seramai 321 orang pelajar antarabangsa telah mengikuti program pertukaran di UKM pada tahun 2018 manakala pelajar UKM yang mengikuti program mobiliti berkredit ke luar negara adalah seramai 164 orang.
Kecemerlangan sesebuah organisasi bukan sahaja dinilai dari segi kewangan dan kedudukan dalam penarafan malah ia juga dinilai melalui kepakaran dirujuk oleh khalayak umum dan media. Kepakaran UKM dan produk penyelidikan dari segi holistik dan saintifik seringkali dirujuk dan mendapat liputan media yang baik. Sebanyak 7,028 (91%) berita tentang UKM mendapat liputan di suratkhabar, 473 di televisyen, majalah 184 dan 74 di radio.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA