Page 202 - BUKU 7
P. 202

“Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin,
                       Datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah!

                                Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda:
                              Kamu hendaklah percaya yaitu beriman kepada Allah, para Malaikat,

                             Semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul

                                                      Dan percaya kepada Hari Kebangkitan.
                                                                  Lelaki itu bertanya lagi:

                                 Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam?
                                                                      Baginda bersabda:

                           Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya
                              dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan,
                                                       Mengeluarkan zakat yang diwajibkan

                        Dan berpuasa pada bulan Ramadan.
                                                                                   Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi:
                              Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda:

                         Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya,
                                          Sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah
                                                     Bahwa Dia sentiasa memperhatikanmu”


                                                             (Hadits riwayat Bukhari & Muslim)






                                                                                                                                        BUKU 7  200
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207