Page 27 - Buletin HTHN IKM TSYA 01/2020
P. 27

Rumah  tradisional  negeri  Pahang  dikenali  sebagai  Ru-
      SENIBINA:                                         mah Serambi Pahang atau Rumah Bumbung Panjang Pa-

      RUMAH  TRADISIONAL                                hang.  Rumah  jenis  ini  biasanya  berbumbung  panjang.
      PAHANG                                            Keunikan Rumah Serambi Pahang dapat dilihat menerusi
                                                        teknik  pembinaan  kediaman  yang  berdasarkan  tradisi
                                                        seni  bina  Melayu  iaitu  dibina  dengan  kayu  tanpa
                                                        menggunakan  sebarang  paku  pada  dinding  dan  lantai.
                                                       Seni bina rumah Pahang juga dibina bercirikan reka bentuk
                                                       seni bina Melayu ‘Palladian,’ berbumbung tradisional Me-
                                                       layu manakala ukiran pada pintu dan dinding memaparkan
                                                       motif Barat seperti yang boleh dilihat di kediaman rasmi
                                                       bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
                                                       di Bukit Bius di sini yang dibina pada 1922. Kediaman itu
                                                       dilengkapi beberapa bilik yang dibina menggunakan kayu
                                                       hutan bermutu tinggi dan tahan lama tanpa boleh dirosak-
                                                       kan oleh anai-anai dan haiwan pemusnah lain.


                                                       Selain  mempunyai  tiga  ruang  utama  iaitu  serambi  hada-
          pan, rumah ibu atau induk serta serambi dapur, keunikan rumah itu juga terletak pada bahagian ‘geta’
          atau lantai yang ditinggikan untuk tujuan tertentu termasuk sebagai tempat berehat dan tidur.


          Kedudukannya yang lebih tinggi daripada lantai dan
          strukturnya yang kuat membolehkan penghuni men-
          diaminya  dengan  selamat.  Jadi,  boleh  dikatakan  ru-
          mah tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
          bertujuan mengelakkan serangan musuh dari bahagi-
          an bawah.


          Rumah     Serambi     Pahang     juga   mempunyai
          penghadang  dikenali  bendul  bagi  rumah  tradisional
          lain  setinggi  kira-kira  0.4  meter  yang  berfungsi  se-
          bagai  pintu  masuk  dari  rumah  ibu  ke  serambi.



                                                          Kewujudan tingkap labuh sedia ada di bahagian dind-
                                                          ing turut memudahkan kerja-kerja pertukangan ketika
                                                          proses  penambahan  keluasan  kediaman  dilakukan
                                                          kerana jurubina tidak perlu lagi bersusah payah mem-
                                                          bina laluan baharu ke ruang tambahan.























                                                           27
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32